Khamis, 20 Mac 2014

Datuk Dr. Tiki Lafe masih enggan sertai SPDP

 Datuk Dr. Tiki Lafe
KUCHING: Peluang bekas Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe (gambar)  yang menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Parlimen lalu selepas keluar dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masih terbuka.
Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, SPDP menunggu permohonan rasmi daripada Tiki sama ada hendak menyertai semula SPDP seperti yang dilakukan oleh empat rakan G5.
“SPDP masih memberi ruang kepada Dr. Tiki walaupun beliau bertanding melawan BN pada pilihan raya lalu. Saya percaya kalau dia ahli Umno, pasti dibuang parti untuk selamanya.
“Tetapi dalam SPDP, kita harus menjadi lebih terbuka kerana atas dasar mengutamakan perdamaian. Justeru, saya sedia untuk melupakan dan memaafkan demi fokus bergerak ke hadapan,” katanya.
Kata Mawan, Tiki masih bukan lagi ahli parti SPDP dan dia tidak termasuk dalam sebahagian daripada empat rakannya iaitu Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) yang diberi sijil kemasukkan semula keahlian.
“Surat permohonan ahli parti sentiasa terbuka kepadanya sebagai ahli baru, jika berminat,” ujarnya sambil memberitahu empat ahli baru bersebut adalah sebagai ahli biasa.
Justeru, kata Mawan, tiada kontroversi mengenai keahlian biasa tersebut kerana tiga daripada mereka adalah menteri.
“Biar masa menentukan kerana semua perkara dipertimbangkan, kini kita adalah perjalanan baharu yang harus ditempuhi dan perjalanan itu masih jauh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, keputusan menerima semula G5 dalam SPDP menunjukkan rakyat Sarawak bertolak ansur dan berusaha menyelesaikan masalah demi perpaduan negeri.
“Peyatuan semula ini memberi impak positif kepada parti SPDP dan BN,” jelasnya.

1 ulasan:

cannonkapit berkata...

Nampaknya kepimpinan SPDP tidak mengalu2kan Datuk Tiki masuk semula parti tersebut.Luka lama masih berdarah.

Jika Tiki nak meneruskan agenda politiknya banyak saluran dia boleh pilih.Beliau bukannya BN secara toto bila bertanding di Parlimen,Bau pd PRU13.Beliau dah awal2 maklumkan bahawa beliau masih ahli BN.Maka BNlah pilihan utama beliau.

Jika SPDP dah menutup pintu Tiki perlu melihat peluang yg ada pd komponen2 BN Sarawak yg lain.PBB memang sesuai utk beliau meneruskan perjln politiknya.Agak ramai ahli PBB di Parlimen MasGading.Beliau masih ada penyokong setia.Lagipun PBB sentiasa terbuka pintu utk siapa saja yg berminat jadi ahlinya.SUPP pun apa kurangnya.Maka bertambah kuatlah BN kelak.

Pengalaman dan ilmu yg ada pd Tiki jgn dibiarkan atau dipersia2kan.Jgn disimpan dlm peti sejuk.

sekadar pandangan saja