Ahad, 9 Mac 2014

DCA: Hanya 2 pasport curi, bukan 4

SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hanya ada dua penumpang yang guna pasport curi.

"Kami ada rekod rakaman CCTV dari 'checking departure point'," katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama, sebentar tadi.

Jelasnya, rakaman tersebut digunakan untuk menyiasat insiden itu.

Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport curi.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Sementara satu lagi kes pasport curi dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.

Indentiti seorang lagi yang dikaitkan dengan kes passport curi masih belum didedahkan.

Spekulasi terbaru mengatakan bahawa pesawat tersebut mungkin dirampas ekoran isu pasport ini.SH

Tiada ulasan: