Sabtu, 29 Mac 2014

Kemenangan besar BN di Balingian pengiktirafan kepimpinan Najib - Adenan Satem

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidddin Yassin bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Yussinosh Balo (dua dari kiri) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah Mesra, Mukah, malam ini. - Foto Azahan Rosli

MUKAH: Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Balingian adalah satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mahukan Barisan Nasional untuk terus membela nasib mereka.

"(Kemenangan) ini adalah petanda cukup positif tentang pengharapan rakyat di Balingian dan tanda sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional," katanya selepas pengumuman keputusan PRK Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini, malam ini.

Dalam PRK itu, calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo, menewaskan calon PKR Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi.

Yussibnosh, 48 memperoleh 8,194 undi sementara Abdul Jalil, 55, hanya mendapat 1,283 undi. - BERNAMA


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: