Isnin, 17 Mac 2014

Muhyiddin melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Armada BN

Kelihatan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Pemuda PBB Sarawak.
MUKAH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) berkempen ke serata ceruk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian untuk mendapatkan sokongan 13,366 pengundi agar memilih BN pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN membuat gesaan itu semasa melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN atau Armada BN terdiri daripada anggota 29 cawangan di sini dan di Balingian bagi pilihan raya kecil DUN Balingian di padang bandar ini di sini hari ini.  

"Anda ada tugas dan tanggungjawab di hadapan anda sekarang.

"Anda semua perlu memastikan calon BN Yussibnosh Balo bukan sahaja menang tetapi menang besar," katanya.

Beliau berkata mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan dan mengelak sebarang salah faham. - BERNAMA

Tiada ulasan: