Isnin, 17 Mac 2014

Muhyiddin rasmi MRSM Mukah hari ini

MUKAH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah, di sini.

Bernilai RM80 juta, MRSM Mukah adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyediakan infrastuktur pendidikan sempurna di Sarawak, terutama bagi melahirkan pelajar cemerlang di kalangan anak-anak luar bandar.  

Siap dibina pada Februari 2009, MRSM Mukah menampung 533 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari sekitar Mukah, termasuk Balingian, Miri, Selangau, Matu, Daro dan Dalat.


Difahamkan, dua anak calon BN bagi PRK DUN Balingian, Yussibnosh Balo juga sebahagian daripada penuntut MRSM Mukah.

Tiada ulasan: