Ahad, 23 Mac 2014

Najib hadir taklimat akhir sebelum pengundian DUN Kajang esok

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) buat julung kalinya turun ke Kajang malam ini untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun pada waktu terakhir hari berkempen.

Beliau hadir ke Bilik Gerakan Utama BN untuk memberi taklimat tertutup kepada jentera BN, yang turut dihadiri beberapa pemimpin parti komponen BN.

Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan turut dihadiri Chew sendiri.

Difahamkan pada taklimat itu, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno meminta jentera parti menjaga nama baik BN sewaktu hari mengundi esok serta memastikan pengundi Kajang dapat keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab.

Chew akan berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Februari atas alasan demi memperkukuhkan Pakatan Rakyat. - Bernama, 22 Mac, 2014.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: