Isnin, 24 Mac 2014

Parti BN, PKR dan pengamal media doakan MH370

MUKAH - Walaupun sibuk berkempen untuk PRK Balingian, BN dan PKR tidak lupa untuk mendoakan supaya anak kapal dan penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac kembali dengan selamat.
  
BN melalui Pemuda BN Sarawak meletakkan kain rentang di hadapan dewan tertutup Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) untuk membolehkan orang ramai menandatangani dan memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga yang dalam pesawat tersebut.
  
PKR akan mengadakan acara "perhimpunan nyalaan lilin" di bilik operasi PRK Balingian bagi tujuan yang sama dan menjemput orang ramai untuk menyertainya.
  
Sementara itu, beberapa pengamal media yang berkampung di Mukah sejak 15 Mac lalu untuk membuat liputan penamaan calon pada 17 Mac dan pengundian pada 29 Mac turut mengambil inisiatif dengan memakai baju hitam yang ditempah khas dari Semenanjung yang tertera perkataan "Pray For MH370". - Bernama


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: