Rabu, 5 Mac 2014

PBB Beting Maro pertikai tindakan YB Razali Gapor

SRI AMAN: Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Beting Maro mengecam tindakan Adun mereka kerana tidak memperbaharui perkhidmatan penghulu dan ketua kaum sebaliknya melantik individu bekas parti pembangkang sebagai pengganti.

AJK PBB cawangan itu memberitahu, mereka terkilan dengan tindakan  Razali Gapor kerana melantik individu bekas parti pembangkang yang tidak pernah berbakti kepada PBB dan BN sebagai penghulu dan ketua kaum di kawasan mereka.

“Ternyata Adun Beting Maro, Razali Gapor tidak menghormati ahli-ahli parti PBB yang sebahagian daripada kami telah berjuang lebih 20 tahun dalam BN.

“Individu yang Razali lantik sebagai penghulu dan ketua kaum terdiri dari penyokong parti PAS pada PRU Sarawak 2011,” katanya.

Begitu juga dengan perlantikan Ahli Majlis Daerah Betong (Kaunselor) apabila calon yang dipilih tidak pernah mewakili PBB  Beting Maro dari sayap Pemuda atau Wanita.

“Mereka adalah org baru dalam arena politik DUN Beting Maro. Justeru, saya percaya BN akan kehilangan kerusi DUN Beting Maro pada pilihan raya akan datang sekiranya Razali masih kekal sebagai calon BN,” ujarnya.

Situasi sama turut berlaku di kampung kelahiran Razali iaitu Belandin  apabila individu yang menang pertanding merebut jawatan ketua ranting PBB dipinggirkan.

“Buktinya ialah penyokong kuat PAS iaitu Haji Aweng Rosli dilantik sebagai ketua kaum Kampung Belandin,” katanya sambil menambah, latarbelakang calon yang sama juga dipilih sebagai ketua kaum Kampung Hulu Pusa.

Ketua kaum tersebut sebelum ini pernah memboikot pemilihan penyandang kerusi DUN Beting Baro apabila calon yang mereka mahukan tidak dipilih oleh PBB.

Justeru, beliau yakin dan percaya  Razali  tidak akan mampu mengekalkan kerusi BN pada pilihan raya akan dating disebabkan sikap Adun itu sendiri.

“Kesimpulannya, PBB Beting Maro hari ini, dibayangi oleh kepimpinan pnyokong PKR dan PAS, manakala penyong PBB berputih mata selepas apa yang diperjuangkan oleh kami selama ini,” katanya. - FMT

Tiada ulasan: