Sabtu, 29 Mac 2014

PBB/BN kekal kerusi DUN Balingian

MUKAH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan majoriti lebih besar sebanyak 6,991 undi.

Calon BN, Yussibnosh Balo meraih 8,194 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang memperoleh 1,283 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Safrie Saili, di Dewan Suarah Mesra di sini sebentar tadi.

Terdapat sebanyak empat undi rosak.

Seramai 9,668 pengundi atau 72.33 peratus daripada 13,366 pemilih berdaftar mengundi.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, BN menang dengan majoriti 5,154 undi.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: