Selasa, 18 Mac 2014

Pemuda PBB Armada berikrar bantu Yussibnosh menang besar

KOTA SAMARAHAN: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak berikrar dan berazam membantu calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian menang besar pada Pilihan Raya Kecil DUN Balingian.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof yang memberitahu bahawa pihaknya akan bersama-sama turun padang pada pilihan raya itu nanti.

Hari penamaan calon bagi PRK DUN Balingian ialah pada 17 Mac disusuli hari pengundian pada 29 Mac ini.

“Kami di Pergerakan Pemuda akan bekerja keras untuk memastikan bukan sahaja BN akan menang tetapi menang dengan bergaya… itulah tekad dan azam kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis penangguhan Program Armada Pemuda PBB bertema ‘Nang Kamboh’ di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini malam Sabtu lalu.

Pada masa sama, Fadillah berkata pemilihan Yussibnosh Balo, 48, dari Kampung Tellian Mukah sebagai calon BN adalah tepat.

“Beliau sudah lama berkhidmat dan tahu cara menyelesaikan masalah rakyat khususnya di kawasan setempat, saya kira inilah pilihan terbaik dan saya yakin penduduk di Balingian ini akan memberi sokongan padu kepada calon ini,” tambahnya.

Menteri Kerja Raya itu turut memberitahu bahawa pemilihan Yussibnosh sebagai calon BN di kerusi itu sudah menjadi amalan PBB yang berpegang kepada perjanjian persefahaman lisan yang dikecapi sewaktu ketika dahulu.

“Pemilihan ini membukti-kan bahawa dalam budaya PBB kita berpegang kepada apa dikatakan persefahaman yang tidak bertulis.

“Maknanya untuk kawasan Mukah memang sejak 1960-an kita (PBB) ada persefahaman iaitu tiga wakil rakyat di sana iaitu dua wakil rakyat DUN dan seorang Ahli Parlimen, salah seorang mesti terdiri daripada keturunan Melanau yang beragama Kristian,” jelasnya.

Katanya lagi, sebab itu pili-han calon seorang Melanau Kristian yang berasal dari situ adalah satu pilihan terbaik untuk menghormati perjanji-an itu.

Kelmarin, Timbalan Pen-gerusi BN Pusat Tan Sri Muh-yiddin Yassin mengumumkan Yussibnosh sebagai calon BN di kerusi itu pada lawatan kerjanya ke Sarawak di Dewan Suarah Mesra Mukah.

The Borneo Post - 18.03.2014

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: