Ahad, 2 Mac 2014

Pemuda PBB Pelawan anjur Futsal

Sibu, 1.3.2013 (Sabtu) : Pergerakan Pemuda N.48 Pelawan semalam telah menganjurkan pertandingan futsal 5 sebelah yang mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dimana terdapat 12 pasukan telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Futsal ini adalah merupakan salah satu daripada program tahunan yang telah dijadualkan dalam perancangan pergerakkan Pemuda PBB Cawangan Pelawan dibawah Biro Sukan & Sosial yang diterajui oleh saudara Abang Mohamad Afiq bin Abang Kassim.

Pada termasya tersebut pasukan Sayyid FC telah menjuarai perlawanan diikuti pasukai Jai FC ditempat kedua dan Suntok FC ditempat ketiga. Masing-masing telah berjaya membawa pulang sebuah piala dan sejumlah wang tunai.

Tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa pergerakkan Pemuda N.48 Pelawan kerana berjaya menganjurkan aktiviti sedemikian. Inisiatif daripada para AJK Pemuda PBB Pelawan amatlah dihargai dan diharap aktiviti sehat sebegini akan diteruskan pada masa hadapan.

Pada sessi penutupan, Sdr. Abang Mohamad Abg Jes selaku Timbalan Ketua Cawangan Pelawan telah hadir untuk memberi sepatah dua kata dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Syabas dan tahniah  !

Tiada ulasan: