Khamis, 20 Mac 2014

Pencarian MH370 keutamaan Amerika Syarikat - Obama

Barrack Obama
Presiden Amerika Syarikat
WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata pencarian pesawat Malaysia Airline (MAS) yang hilang adalah satu keutamaan kepada Amerika Syarikat (AS) dan menawarkan apa saja sumber termasuk FBI.

Dalam ulasan pertamanya di depan kamera berhubung misteri kehilangan penerbangan MH370, Obama turut menyampaikan rasa simpati serta doa kepada keluarga dan penumpang yang hilang.
  
“Saya ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa kami menganggap perkara ini sebagai keutamaan tertinggi," Obama memberitahu stesen televisyen Dallas, KDFW dalam temubual di Rumah Putih.
  
“Kami sudah menyediakan setiap sumber yang ada untuk membantu proses pencarian itu. Wujud kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia," katanya.

Obama berkata, FBI, NTSB dan agensi serta pegawai yang berkaitan penerbangan bersedia membantu siasatan itu. - AFP

Tiada ulasan: