Selasa, 25 Mac 2014

Pengundian awal PRK Balingian hari ini


Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang melibatkan 133 pengundi berdaftar berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah dengan proses pengundian bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.
Kawasan DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar dan untuk pengundian awal hari ini, hanya satu saluran pusat mengundi dibuka manakala untuk pengundian biasa, 21 pusat mengundi akan dibuka untuk membolehkan 13,233 pengundi mengundi Sabtu ini.

Tiada ulasan: