Isnin, 24 Mac 2014

PKR menang undi simpati, PRK Kajang

BANGI: PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila calonnya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti lebih kecil 5,379 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, di sini, sebentar tadi.

Wan Azizah memperoleh 16,741 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Terdapat sebanyak 176 undi rosak.
Peratusan keluar mengundi kali ini merosot kepada 72 peratus berbanding 88.40 peratus yang dicatat semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Hanya 28,314 daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK kali ini.
Pada PRU-13, calon PKR, Lee Chin Cheh, menang dengan majoriti 6,824 undi apabila meraih 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang memperolehi 12,747 undi.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Cin Cheh pada 27 Januari lalu.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: