Ahad, 16 Mac 2014

PKR terdesak pilih orang Bintulu untuk PRK DUN Balingian?

Berdasarkan daripada sumber dalaman yang diperolehi. Adalah dikhabarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersetuju untuk meletakan calon yang merupakan anak jati Bintulu.

Beliau adalah merupakan Naib Ketua Cabang PKR Bintulu iaitu Abdul Jalil bin Bujang. Beliau pernah bertanding pada PRN Sarawak ke-10 2011 yang lalu untuk kerusi DUN N.58 Jepak di atas tiket PKR namun tewas kepada calon PBB/BN yang disandang oleh YB Datuk Talib Zulpilip.

Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat minyak & gas termasuk MLNG di Bintulu Sarawak. Antara aktiviti kemasyarakatan yang diceburi, beliau juga merupakan Pengerusi Hikmah Bahagian Bintulu. Pendidikan terakhir beliau adalah di Kolej Tun Datuk Tuanku Hj Bujang, Miri.

Sekiranya beliau dipilih untuk menggalas calon PKR bagi PRK Balingian, amat jelas sekali PKR mencerminkan mereka amat tidak peka dengan suasana politik semasa malahan dilihat amat terdesak sehinggakan terpaksa mengambil calon dari luar untuk dipertandingkan.

Sudah semestinya Abdul Jalil Bujang bukanlah calon yang mampu untuk bersaing dengan calon PBB yang pada awal-awal lagi amat kukuh dihati masyarakat Balingian.

Sebelum ini nama calon yang berasal dari Rajang Park, Sibu iaitu saudara Abdul Raafidin Haji Majidi juga dikaitkan adalah calon PKR yang akan dipertandingkan pada PRK Balingian ini nanti. Namun, sehingga hari ini beliau belum lagi memberi apa-apa petanda bahawa beliau akan bertanding merebut kerusi Balingian.

Segala-galanya akan terjawab pada hari penamaan calon kelak, sama ada PKR atau terdapat calon Bebas yang akan menentang calon daripada parti PBB yakni saudara Yossibnosh Balo. Sama-sama kita nantikan.

Tiada ulasan: