Ahad, 23 Mac 2014

PRK Balingian: Pembinaan dua sekolah bukti BN tepati janji

Mukah: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian, di sini, adalah testimoni kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji kepada rakyat.

Malah, peruntukan RM79 juta bagi membiayai pembinaan kedua-dua sekolah itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pendidikan, di sini, kelmarin, membuktikan BN bukan parti politik yang menabur janji kosong seperti pembangkang.

Pengumuman Muhyiddin itu mengakhiri penantian hampir dua dekad penduduk di kedua-dua kawasan kubu kuat BN itu untuk memiliki dua sekolah baru demi keperluan pendidikan anak mereka.

Berita gembira Penduduk Balingian, Ismail Harun, 35, berkata berita menggembirakan itu sudah ditunggu masyarakat setempat.

“Apabila dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri akan berkunjung ke sini, kami yakin beliau membawa bersama ‘ole-ole’ dan nampaknya buah tangan itu cukup besar bagi penduduk Balingian dan Kampung Tellian.

“Sukar digambarkan kegembiraan kami sebaik beliau mengumumkan pembinaan sekolah itu, malah terbayang wajah riang anak kami pulang dari sekolah baru itu kelak,” katanya.

Seorang peniaga, Jamaludin Hayat Abdullah, 28, menarik nafas lega kerana tidak perlu memikirkan soal menghantar anaknya ke sekolah menengah di bandar.

“Anak saya masih di prasekolah dan saya yakin mereka sempat mendapat manfaat sekolah baru itu apabila tiba masanya,” katanya.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: