Jumaat, 21 Mac 2014

PRK Balingian penting untuk penduduk setempat


MUKAH - Pilihan raya kecil dewan undangan negeri Balingian mempunyai erti yang sangat besar bagi penduduk kawasan itu, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.  
    
"Kalau kami menang, kami boleh teruskan program pembangunan untuk Balingian. Kalau pembangkang menang, ia (Balingian) akan ketinggalan," katanya pada majlis bersama rakyat di Dewan Tun Abdul Rahman Yakub di Kampung Tellian Laut dekat sini hari ini.
    
Yussibnosh Balo, 48, daripada Barisan Nasional (BN) akan bertanding satu lawan satu dengan Abdul Jalil Bujang, 55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini.
    
Adenan berkata BN perlu menjadi satu-satunya pilihan rakyat.
    
"Kalau Yussibnosh menang, beliau boleh berjumpa saya pada bila-bila masa untuk memohon dana bagi projek pembangunan. Tapi, kalau Abdul Jalil menang, beliau tidak ada kerajaan untuk menyokongnya," kata beliau.
    
Ketua menteri itu mengingatkan rakyat bahawa pembangkang hanya pandai mengkritik 'kiri, kanan dan dengan riuh'.
    
"Tapi, kesudahannya, hanya kerajaan yang boleh dan akan memberi khidmat," katanya.
    
Adenan yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Yussibnosh sebagai tanda terima kasih mereka kepada bekas wakil rakyat kawasan itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
    
"Adalah sesuatu yang amat wajar rakyat membantu menyerahkan Balingian kepada BN sebagai tanda terima kasih dan penghormatan mereka kepada Taib atas sumbangan beliau yang tidak terkira jumlahnya," kata beliau.
    
Terdahulu, Anggota Parlimen Mukah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, yang juga pengarah gerakan BN bagi pilihan raya kecil itu, berkata kini terserahlah kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka mahu kerajaan meneruskan rancangan pembangunan yang telah dirintis oleh Taib. - Bernama

1 ulasan:

cannonkapit berkata...

Tepat sekali rumusan Ketua Menteri Sarawak.Siapa nak beri peruntukan kpd calon PKR sekiranya beliau menang by-election Balingian.Itu adalah hakikat.Fakta yg tak boleh dinafikan.Takkan kerajaan2 Pakatan di Selangor,PPinang atau Kelantan nak berkongsi peruntukan dgn Sarawak! Jauh panggang dari api.Jauh "pak wi"kata org Melayu Sarawak.

Jgn kita hidup dgn ilusi PKR.
Jgn kita memilih PKR.
Kita bukan benci dgn Hj Jalil.Tidak sekali.Kita cuma tak suka dgn PKR yg hidup demi Anwar sepeliwat.(Terbukti beliau meliwat.Ini telah dibukti pihak pendakwa.Bukan saya buat keputusan.ok)

Terima kasih kpd kerajaan pusat yg telah meluluskan pembinaan sekolah menengah baharu utk Balingian dan sebuah SK baharu utk Mukah.Beruntung "kitak" di Balingian dan Mukah.Mujurlah KM Sarawak ada hubungan baik dgn kerajaan pusat.