Isnin, 17 Mac 2014

PRK Balingian satu lawan satu

MUKAH: Pilihan raya kecil (PRK) Balingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Calon BN Yussibnosh Balo dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) menyerahkan borang pencalonannya pada kira-kira pukul 9 pagi Isnin, diikuti oleh calon PR, Abdul Jalil Bujang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada pukul 9.12 pagi.

Yussibnosh dicadangkan oleh Ardyman Matan@Henry dan disokong oleh Fauziah Adeni, manakala pencadang dan penyokong Jalil masing-masing adalah Matek Geram@Maxi dan Basri Bahari.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 13,366 pemilih berdaftar di Balingian.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: