Selasa, 18 Mac 2014

PRK Balingian: Tujuh permit ceramah dikeluarkan

MUKAH - Polis mengeluarkan tujuh permit untuk tujuan ceramah kepada dua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas hari penamaan calon semalam.
Ketua Polis Mukah, Deputi Superitendan Omar Bakhtiar Yaacub berkata, enam permohonan permit telah diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan satu permit untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Setakat ini, polis mendapati kempen kedua-dua parti politik berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan keadaan keselamatan terkawal," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Rekreasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di sini sebentar tadi. - KOSMO!

Tiada ulasan: