Rabu, 19 Mac 2014

PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini

Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung hari ini.
Proses pengundian bermula pada 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.
Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh daripada parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa. – Bernama, 19 Mac, 2014.

Tiada ulasan: