Rabu, 26 Mac 2014

Rafizi dan Tian Chua dilarang masuk Sarawak selepas Saifuddin

Rafizi Ramli

Tian Chua

Dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilarang memasuki Sarawak, selepas Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution turut menerima nasib sama, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pengarah Stategi PKR, Rafizi Ramli dalam laman twitternya berkata, beliau dan Naib Presiden PKR Tian Chua mengalami nasib sama selepas Saifuddin.

“Saya dan @tianchua sedang ditahan di pejabat imigresen Sibu. Akan dihantar balik selepas ini, dihalang masuk Sarawak,” katanya.

Tiga pimpinan kanan PKR itu ke Sarawak dipercayai bagi berkempen membantu calon PKR, Abdul Jalil Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, pada 29 Mac ini.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, berkata Saifuddin dihalang sebaik tiba sampai di lapangan terbang Sibu selepas pegawai bertugas memberitahu satu arahan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk menyekat beliau memasuki Sarawak, pada 22 Mac lalu.

tian chua pc pkr 01Pada 23 Mac lalu, PKR Sarawak melahirkan rasa bimbang jika pihak berkuasa negeri itu merancang melarang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berkempen untukPRK terbabit.


Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang jika pihak berkuasa negeri mengenakan larangan terhadap Anwar dan pemimpin PKR yang lain.

Tiada ulasan: