Khamis, 20 Mac 2014

Rakyat perlu pertahan elemen perpaduan dan pembangunan - Muhyiddin


MUKAH: Elemen-elemen perpaduan dan pembangunan yang sudah menjadi teras perjuangan politik Barisan Nasional (BN) selama ini perlu diteruskan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat berterusan hasil kemajuan yang berlaku di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kedua-dua elemen yang disimpulkannya sebagai 2P ini tidak dapat dianggap sebagai perkara lumrah kerana kewujudannya di negara ini adalah hasil usaha dan kesungguhan kepimpinan BN.

"Sebab itulah penting untuk kita menentukan dua perkara pokok yang sudah menjadi teras dalam perjuangan kerajaan Barisan Nasional ini diteruskan," katanya.

Menurutnya rakyat kini perlu berhati-hati kerana sudah wujud golongan yang cuba menggugat perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini.


Berucap dalam satu majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Parish Council di Pekan Balingian, kira-kira 60km dari sini, beliau berkata sejarah telah membuktikan ada negara yang mengalami kehancuran ekoran rakyatnya mengambil mudah tentang perpaduan dan pembangunan. - BERNAMA 

Tiada ulasan: