Selasa, 25 Mac 2014

Saifuddin Nasution dilarang masuk Sarawak

KUCHING: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu, pagi ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Hamfatullah Syawal Hamdan, berkata Jabatan Imigresen mendapat arahan untuk tidak membenarkan Saifuddin memasuki Sarawak.

"Pegawai yang bertugas ketika itu telah memaklumkan kepada Saifuddin, dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

"Jabatan Imigresen tidak mengambil masa yang lama untuk menjalankan arahan tersebut dan dia (Saifuddin) memberi kerjasama dan patuh kepada larangan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya Saifuddin juga sudah pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: