Rabu, 26 Mac 2014

Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula, kata Dr Mahathir

Tun Mahathir Mohamad semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini. – 26 Mac, 2014. TMI


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: