Jumaat, 14 Mac 2014

TERKINI! Siapakah Calon PBB dan PKR DUN N.51 Balingian?


APAKAH PRK DUN BALINGIAN AKAN MENYAKSIKAN PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI DALAM PILIHANRAYA YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 29 MAC 2014 NANTI ? SIAPAKAH CALON PB-BN YANG AKAN MENGGANTIKAN PEHIN SRI? DAN SIAPAKAH PULA CALON DARI PAKATAN RAKYAT YANG AKAN MENENTANG PBB-BN? SAMA-SAMALAH KITA NANTIKAN PENGUMUMAN RASMI YANG AKAN DIBUAT OLEH KEDUA-DUA PARTI BERKENAAN...

Parti PBB (BN)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian di Mukah, Sabtu ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telahpun memutuskan calon yang sesuai, namun pengumuman akan hanya dibuat timbalan perdana menteri.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PBB hari ini membincangkan perkara itu, dan mencapai keputusan berhubung calon berkenaan, seorang Kristian Melanau yang amat terkenal dalam kalangan penduduk setempat.

"Kami akan memberi penghormatan kepada timbalan perdana menteri untuk mengumumkan nama itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat PBB di sini Rabu.

Parti PKR (Pakatan Rakyat)

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calon yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sabtu ini selepas mesyuarat di Sibu.

Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon yang bakal dipilih mewakili parti itu sehingga pengumuman calon oleh Barisan Nasional (BN) pada hari yang sama.

“Buat masa ini adalah lebih baik untuk saya tidak mendedahkan sebarang petunjuk mengenai identiti calon yang akan bertanding mewakili PKR pada PRK DUN Balingian 29 Mac depan.


Tiada ulasan: