Sabtu, 15 Mac 2014

TERKINI! Tiada pengesahan pesawat MH370 dirampas.

KUALA LUMPUR: Berdasarkan data satelit baru, lokasi komunikasi terakhir mungkin di sempadan Kazakhstan, Turkmenistan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak sebentar tadi dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama.

Beliau yang mengendalikan sidang media untuk kali kedua sepanjang kehilangan MH370 juga menyatakan bahawa ,laporan media berkaitan dengan rampasan pesawat masih lagi dalam siasatan untuk menjelaskan kesahihannya.

“Sistem hubungan dan transponder pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja. Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas,” kata Najib kepada pemberita sebentar tadi.

Najib menambah, mengikut data radar, pesawat dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.

Terdahulu, misi mencari yang menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada awal 8 Mac yang dijadual tiba di Beijing jam 6.30 pagi.

Tiada ulasan: