Isnin, 31 Mac 2014

Timor-Leste puji cara Malaysia tangani krisis MH370.

Putrajaya - Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao memuji cara kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) menangani krisis kehilangan pesawat MAS.

"Malaysia patut dipuji kerana menerajui usaha mencari melibatkan pelbagai negara, yang mempamerkan contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa dalam kalangan masyarakat antarabangsa," katanya.

Dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra di sini, Gusmao juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga penumpang dan anak kapal berkenaan atas kehilangan orang yang disayangi.

Gusmao sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, bermula hari ini. Ini merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini sebagai perdana menteri Timor-Leste selepas dilantik semula ke jawatan itu bagi penggal kedua pada 8 Ogos 2012.

Sebelum ini, beliau berkunjung ke Malaysia sebagai presiden negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Berkecuali (NAM) Ke-13 pada 2003 dan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2005.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: