Isnin, 24 Mac 2014

Wan Azizah mampu jadi MB, kata Azmin Ali

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan kemenangannya selepas memenangi PRK DUN Kajang di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, malam ini. (Gambar)

BANGI: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi Menteri Besar Selangor.

Azmin berkata, keyakinannya itu bersandarkan pengalaman Presiden PKR itu sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik negara, selain pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal.

"Saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baru bersama ADUN di Selangor," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di sini malam ini.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: