Khamis, 20 Mac 2014

Wan Junaidi jelaskan kenyataannya tentang rogol berkanun


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerangkan yang kaum Melayu melaporkan lebih banyak kes rogol berbanding kaum lain kerana pandangan mereka terhadap kenayah itu.

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna kaum Melayu lebih sensitif terhadap kes rogol berbanding kaum lain. Beliau turut berkata masih ramai yang tidak faham konsep rogol berkanun.

Sesetengah mangsa, katanya, membuat laporan kerana malu ataupun sebab ibubapa tidak bersetuju anak mereka berkahwin di usia muda.

Namun, bila diteliti usia mangsa dalam laporan, pihak polis akan mengklasifikasikan kes sebagai rogol berkanun, selaras dengan prosedur operasi.

“Ya, hubungan seks itu mungkin suka sama suka,” katanya.

Dalam kes yang melibatkan bukan Melayu, perkahwinan mungkin menjadi penyelesaian, tetapi tidak bagi orang Islam.

Awal hari ini, Wan Junaidi dikritik hebat oleh pengujung laman web setelah dia memberitahu parlimen yang orang bukan Islam lebih menerima hubung seks sebelum perkahwinan berbanding dengan orang Melayu Islam.

Beliau berkata lebih banyak kes rogol berkanun dibuat orang Melayu berbanding kaum lain kerana orang Melayu lebih sensitif mengenai isu seks sebelum nikah dan anak luar nikah.

Menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) mengenai jumlah kes rogol berkanun dalam negara, Wan Junaidi menyebut jumlah menurun tahun lepas dari tahun 2012, namun nisbah orang Melayu yang membuat laporan paling tinggi kedua-dua tahun.

Pada tahun 2012,  1,550 kes rogol berkanun dilaporkan, 1,243 darinya melibatkan orang Melayu, 73 Cina, 45 India dan 189 bangsa-bangsa lain.

Tahun 2013, nisbah masih sama. Dari 1424 kes, 1147 melibatkan Melayu, 62 Cina, 32 India dan 183 bangsa lain.

Tiada ulasan: