Sabtu, 15 Mac 2014

Yussibnosh pilihan RAKYAT! Dijangka Menang Tanpa Bertanding PRK Balingian

Pemilihan bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 48, sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac depan adalah amat tepat sekali.

Yussibnosh adalah anak jati Mukah berbangsa Melanau dan beragama Kristian yang berasal dari Kampung Tellian Tengah.

Penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac.

Kerusi berkenaan mengandungi 13,233 pengundi biasa dengan 133 pengundi awal.

Dalam perkembangan lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengumumkan calon mereka di Hotel Paramount, Sibu esok.

Walaubagaimanapun, amat jelas sekali peluang untuk PKR untuk memenangi kerusi DUN Balingian amat terlalu tipis sama sekali.

Balingian adalah merupakan kubu kuat Barisan Nasional dibawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Kemenangan bergaya bekas penyandang kerusi Balingian iaitu mantan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada PRN ke-10 pada 2011 yang lalu menterjemahkan sokongan rakyat Balingian terhadap kerajaan BN.

Tambahan pula, pengganti beliau iaitu saudara Yussibnosh Balo adalah merupakan anak jati kawasan berkenaan dan merupakan bekas Pegawai Daerah Dalat sebelum ini.

Nama panggilan Yus DO Dalat, bukanlah asing dikalangan penduduk di kawasan Mukah Dalat. Lebih-lebih lagi beliau juga adalah merupakan diantara calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Dato' Sri Muhammad Leo Toyad sebagai Ahli Parlimen Mukah pada PRU ke-13 pada tahun lalu.

Malah sikap beliau yang ramah dan 'low profile' amat disenangi oleh penduduk setempat. Sememangnya beliau amat diharap-harapkan oleh penduduk di Balingian yang dilihat layak untuk menggantikan mantan YB Balingian,YAB Pehin Sri. Biarpun beberapa nama telah disebut bagi mengisi kekosongan tersebut dan kesemua mereka juga disenangi rakyat, namun beliau adalah yang paling hampir di hati masyarakat tempatan dan menepati citarasa penduduk di Balingian khususnya.

Kesimpulannya, berkemungkinan pihak pakatan pembangkang atau PKR untuk tidak menamakan calon bagi menentang calon dari Parti PBB/BN ini adalah amat tinggi.

Ini adalah disebabkan usaha mereka untuk menentang calon BN Yussibnosh Balo dilihat hanya membuang masa dan merugikan usaha parti mereka itu sendiri.

Sekiranya mereka (PR) tetap meneruskan dengan usaha untuk meletakan calon untuk bertanding pada PRK DUN Balingian, mereka hanya akan menjadi 'laughing stock' masyarakat di seluruh Sarawak malah seluruh Malaysia.

Mungkin PR akan meletakan calon dengan alasan hanya bertujuan untuk meningkatkan sedikit sokongan atau 'test market'. Ini adalah alasan yang sudah bosan didengar hanya kerana mereka ego daripada menanggung malu.

Tetapi sekiranya Pakatan Rakyat membuat keputusan meletakan calon bagi menentang PBB/BN di Balingian kelak, ianya dilihat tidak realistik dan tidak bijak. PRK DUN Balingian hanya melihat calon akan berada di kerusi berkenaan selama 2 tahun sebelum PRN ke-11 kelak. Malah PRN Sarawak ke-11 juga dijangka akan diadakan lebih awal daripada tempoh  penggal biasa. Usaha bertanding pada PRK memerlukan usaha dan pengorbanan yang lebih berbanding PRN. Sudah semestinya, sokongan padu daripada kerajaan akan tertumpu kepada satu-satu kawasan sahaja dan ini akan melemahkan lagi parti Pakatan Rakyat.

Tambahan pula, masalah dikalangan Pakatan Rakyat sendiri dilihat masih mempunyai masalah di Sarawak di mana Parti PAS sebelum ini pernah menyatakan minat untuk mewakili PR menentang BN namun, hasrat mereka seperti tidak diendahkan oleh Baru Bian selaku Ketua PKR Sarawak yang bercadang akan menamakan calon dalam masa terdekat ini.

Akhir sekali, sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah tercabar di atas pencalonan bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo yang bakal bertanding di atas tiket PBB/BN.

Adalah lebih bijak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tidak bertanding dan memberi laluan kepada PBB yang sekaligus dilihat mereka bertindak lebih matang dalam berpolitik dan bijak dalam membuat keputusan yang akan memberikan keputusan Menang Tanpa Bertanding pada PRK DUN N.51 Balingian ini.

Tiada ulasan: