Rabu, 2 April 2014

Adakah PRN 11 Sarawak akan diawalkan?

KUCHING: Ahli politik dari kedua-dua  parti mempunyai pendapat yang bercampur mengenai keperluan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) lebih awal.
Kemenangan yang dicapai Barisan Nasional (BN) dalam PRK Balingian kemungkinan menjadi keperluan untuk PRN diawalkan.
ADUN  Kota Sentosa, Chong Chieng Jen berpendapat bahawa PRN akan diadakan awal dan walaupun BN menang dengan majoriti yang besar, undi untuk Pakatan juga mengalami peningkatan.
Chong yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching, membuat spekulasi bahawa PRN akan diadakan tahun depan, kemungkinan sebelum pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bermula pada 1 April 2015.
Bagi  Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Karim Hamzah, keputusan yang cemerlang dicapai BN di Balingian tidak semestinya mempengaruhi Tam Seri Adenan Satem  untuk mengadakan PRN lebih awal.
“Kenapa perlu membuang masa untuk banyak berpolitik? Jika anda bertanya kepada pihak pembangkang, pastinya mereka mahukan PRN lebih awal,
“Ini kerana mereka tidak melakukannya lebih baik. Bagi BN, mengenai kemenangan, kita mementingkan keperluan rakyat,
“Apabila penggal DUN berakhir, barulah kita akan mengadakan pilihanraya.” tegas Karim yang juga merupakan ADUN Asajaya.
Pada PRK Balingian bulan lepas, Yussibnosh Balo dari BN menang besar menewaskan calon PKR, Abdul Jalil Bujang dengan 6,911 undi.
Adun Ba’ Kelalan, Baru Bian kekal optimistik bahawa PRN akan diadakan diantara September ini dan September tahun depan.
Pengerusi PKR Negeri itu juga berkata kemenangan di PRK Balingian akan menjadikan lebih munasabah untuk Adenan untuk mengadakan PRN lebih awal.
“Sebagai Ketua Menteri yang baru, Adenan memerlukan mandat baru daripada rakyat,
“PRK Balingian akan menjadikan penanda aras untuk beliau mengadakan PRN lebih awal.”
Penganalisis Politik, Dr. Jeniri Amir pula mempunyai pandangan yang berbeza.
“PRN tidak mungkin diadakan lebih awal kerana sebelum membuat keputusan mengenai PRN, Adenan memerlukan beberapa pertimbangan yang perlu diambil,
“Salah satunya ialah pertelingkahan dalaman dalam SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) dan SPDP (Parti Demokratik Progresif Sarawak) yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.” tegas Jeniri yang juga merupakan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak.
Jeniri percaya PRN akan diadakan seawal penggal ketiga 2015

Tiada ulasan: