Jumaat, 11 April 2014

Awang Tengah ketuai rombongan ke mesyuarat pelaburan di Dubai


Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai rombongan seramai 20 orang, berada di Dubai untuk menghadiri Mesyuarat Pelaburan Tahunan Ke-4 yang berlangsung pada 8 hingga 10 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Dubai.

Beliau berada di sana atas jemputan Menteri Ekonomi Emiriah Arab Bersatu Sultan Saeed AlMansoori.


Antara yang menyertai delegasi Sarawak ialah Menteri Muda Kementerian Perindustrian Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Negeri Datu Ismawi Ismuni, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Datu Liaw Soon Eng, Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latip dan Pengurus PUSAKA Datu Sarudu Hoklai. 

Tiada ulasan: