Isnin, 14 April 2014

‘Blue Wave’ lawan ‘Red Bean’


Kuala Lumpur: Tentera siber dengan gelaran `Blue Wave Army’ (BWA) akan ditubuhkan bagi menjawab fitnah yang disebarkan Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan pakatan pembangkang.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan, berkata penubuhan BWA bagaimanapun masih di peringkat cadangan, namun ia dilihat sebagai saluran efektif untuk memberi penjelasan yang sahih kepada masyarakat berkaitan apa saja isu. 

“Kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). 

Tiada ulasan: