Rabu, 2 April 2014

Karim selar kenyataan Chong

KUCHING: Kenyataan DAP yang akan mencalonkan Iban sebagai Ketua Menteri jika pembangkang menang pilihan raya negeri dan membentuk kerajaan merupakan sesuatu yang mengejutkan.
Ahli tertinggi PBB, Datuk Abdul Karim Hamzah (gambar) berkata bahawa DAP sengaja mencari publisiti dan Pengerusi parti, Chong Chien Jen bertujuan memesongkan orang asal Sarawak dan bumiputra.
“DAP berharap bahawa melalui cara terbabit, Iban akan menyokong mereka,
“Saya ingin bertanya kepada Chong… sejak bila DAP memperjuangkan Iban ? Berapa kerusi majoriti Iban yang mereka tawarkan?
“Berapa banyakkah orang Iban  di dalam Jawatankuasa Pusat Negeri dan Kebangsaan atau CWC mereka?” ulas Karim.
Karim menegaskan bahawa DAP tidak pernah ikhlas kepada bumiputra sama ada mereka Melayu atau Iban
“Berapa banyak mereka letakkan Iban sebagai Ketua Menteri apabila kemungkinan DAP memenangi kerusi Iban tidak wujud?
“Semua jaminan dan janji merupakan sekadar retorik dan bertujuan untuk menipu Iban.” tegas beliau.
Tetapi beliau percaya bahawa Iban dan bumiputra Sarawak tidak mudah terpengaruh dan tertipu.
“Mereka tahu DAP mengamalkan perkauman, parti cauvinis yang kurang ‘berminat’ untuk membantu Iban dan bumiputra,
“Apa lagi yang perlu dipimpin oleh mereka?” katanya.

Tiada ulasan: