Selasa, 15 April 2014

Khalid Ibrahim: Gaji dan elaun dipotong

SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pembuat pemotongan sebahagian besar gaji dan elaunnya sebagai Menteri Besar, Exco Speaker dan Timbalan Speaker.
Katanya, sebahagian besar gajinya akan disalurkan kepada Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Jelas ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, langkah pemotongan ini dibuat selaras dengan keputusan yang dicapai melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Gaji asal Menteri Besar adalah sebanyak RM14,175.15, setelah kenaikkan gaji baru adalah sebanyak RM29,250 dan setelah pemotongan gaji dilakukan sebanyak RM15,074.85 dan selepas dikemaskini gaji Menteri Besar adalah RM14,175.15.
“Gaji asal anggota Exco RM6,109.29, gaji baru ialah RM20,250, dan setelah pemotongan sebanyak RM5,250 dan gaji selepas dikemaskini adalah RM15, 000. Gaji lama Speaker RM6,109.29, gaji barunya adalah RM 22,500, dan setelah pemotongan RM7,500 dilakukan, gajinya yang telah dikemaskini adalah  sebanyak RM 15,000.
“Gaji asal Timbalan Speaker adalah sebanyak RM3,327.50, gaji barunya ialah RM15,750, pemotongan sebanyak RM3,750 dan gaji setelah dikemaskini adalah sebanyak RM12,000,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan di Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS).
Walau bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap menerima gaji baru sebanyak RM11,250 tanpa sebarang pemotongan selepas dinaikkan daripada gaji lama iaitu sebanyak RM6,000.
Pada November lalu, pada persidangan DUN telah meluluskan kenaikan gaji semua 56 ADUN yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi 373.3 peratus.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker DUN dan barisan Exco

Tiada ulasan: