Khamis, 3 April 2014

Lantik Ketua Menteri Dayak Propaganda DAP


Beberapa hari yang lalu, Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) berjanji akan melantik Ketua Menteri daripada kaum Dayak sekiranya mereka memimpin negeri ini.

Amat jelas sekali, Parti DAP hanya mementingkan kuasa terutama sekali bercita-cita tinggi untuk menakluki negeri Sarawak dengan apa cara sekalipun tanpa memikirkan kesan dan faedah kepada seluruh masyarakat di negeri ini. 

Sekali lagi, Parti DAP menggunakan isu bangsa dan kaum 

Menurutnya, jawatankuasa DAP Negeri sebulat suara dalam mesyuarat yang berlangsung semalam dan memberi jaminan untuk melantik kaum Dayak sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan di Sarawak.

“Soal siapa dan latar belakangnya adalah perkara kedua, tetapi kita sebulat suara akan memilih Ketua Menteri dengan kriteria utamanya adalah seorang kaum Dayak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini, semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa memberitahu, mereka mencapai persetujuan itu berikutan ketidakadilan Barisan Nasional (BN) yang memilih seorang lagi Ketua Menteri berbangsa Melayu sebagai Ketua Menteri dan bukannya daripada kaum lain (merujuk kepada kaum Dayak).

“Sekiranya kita lihat dalam pembentukan Sarawak, Ketua Menteri kita yang pertama adalah seorang Dayak iaitu Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. “Jadi, tidak salah sekiranya seorang lagi Ketua Menteri berbangsa Dayak menjadi Ketua Menteri kita yang seterusnya,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut, sepatutnya, seorang timbalan perlu menggantikan Ketua Menteri apabila beliau bersara atau meletak jawatan.

Chong berjanji tidak akan mengabaikan kaum Dayak dan memberikan peluang sama rata termasuk dalam politik di negeri ini sekiranya mereka diberikan peluang memegang tampuk kepimpinan negeri ini.

Dakwanya, bilangan ahli Dayak dalam DAP di Sarawak adalah sebanyak 40 peratus manakala pada pilihan raya lalu jumlah pengundi bukan Cina yang mengundi DAP adalah lebih 50 peratus.


Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa DAP Negeri sentiasa menyokong dan menghormati keputusan Karpal Singh untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti di peringkat kebangsaan. 

Tiada ulasan: