Khamis, 3 April 2014

Pelancong China, pekerja resort dilarikan dari Pulau Singgahmata Semporna


KOTA KINABALU, 3 April - Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, Rabu malam.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, Khamis.

- BERNAMA

Tiada ulasan: