Selasa, 15 April 2014

Pembangkang tempatan tiada masalah, kata SWP

BINTULU: Pemimpin Sarawak sudah matang dalam politik dan hasrat mewujudkan pakatan pembangkang tempatan tiada masalah.
Timbalan Presiden Parti Sekerja Sarawak (SWP), George Lagong (gambar) berkata tiada masalah untuk rakyat Sarawak membentuk sebuah pakatan pembangkang tempatan tanpa pengaruh daripada Malaya.
“Untuk mewujudkan pembangkang tempatan sebenarnya tiada masalah,
“Jangan melihat kepada perkara kecil sahaja tetapi kita perlu melihat lebih mendalam,
“Rakyat hari ini sudah melihat bahawa politik sekarang tidak politik seperti pada masa yang  yang lalu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau juga menambah rakyat khususnya di bandar lebih terbuka mengenai politik tempatan.
SWP, tegas George berdepan sedikit kesukaran kerana parti mereka masih belum mendapat sokongan daripada rakyat.
“Untuk berada dalam parti yang kecil, masih banyak perkara yang perlu dilakukan,
Mengenai Pakatan Rakyat,  mereka mempunyai pendapat mereka sendiri dan sudah matang untuk menilaikannya, tegas George.
Untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, SWP belum memutuskan siapa calon yang akan bertanding tetapi sangat yakin untuk menambah beberapa lagi kerusi.
“Kita perlu berdiri dan berjuang untuk rakyat kita,
“Kumpulan elit ingin melihat dua parti sistem di negara ini,
“Tetapi masyarakat luar bandar nasih belum memahami perkara terbabit dan kita tidak menyalahkan mereka,” katanya
Beliau juga mengulas bahawa semangat ‘Sarawak for Sarawakians’ tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada SWP.
“Masa akan membuktikannya dan berhasil atau tidak, rakyat khususnya warga belia sudah matang mengenai hak mereka,
“Saya tidak menentang selagi itu memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.” tegas beliau.

Tiada ulasan: