Ahad, 6 April 2014

Petronas unjur hidrokarbon pertama dari medan Tanjung Baram dalam tempoh 11 bulan

KUALA LUMPUR : Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangkakan medan Tanjung Baram yang baru diluluskan, akan mengeluarkan hidrokarbon pertamanya dalam tempoh 11 bulan.

Petronas dalam kenyataan hari ini berkata medan itu diluluskan kepada EQ Petroleum Developments Malaysia Sdn Bhd (EnQuest) dan Uzma Energy Venture (Sarawak) Sdn Bhd (Uzma) pada 27 Mac menerusi kontrak perkhidmatan risiko medan kecil (SFRSC).

"SFRSC akan menyaksikan EnQuest dan Uzma melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan pengeluaran di medan Tanjong Baram. Hidrokarbon pertama dari medan Tanjong Baram dijangka dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan mulai sekarang," kata Naib Presiden Pengurusan Petroleum Adif Zulkifli.

Medan Tanjong Baram, terletak kira-kira enam kilometer di luar pesisir Sarawak, merupakan projek kelima yang diluluskan setakat ini.

Menerusi terma kontrak, Petronas ialah pemilik projek, manakala EnQuest dan Uzma adalah kontraktor projek.

RSC lain yang diluluskan ialah medan Berantai kepada Petrofac Energy

Developments Sdn Bhd dan Sapura Kencana Petroleum Bhd pada Januari 2011, dan kelompok Balai-Bentara kepada konsortium Roc Oil (Malaysia) Pty Ltd, Dialog Group Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd pada Ogos 2011.

Petronas juga meluluskan RSC kelompok Kapal, Banang dan Meranti kepada Coastal Energy KBM Sdn Bhd pada Jun 2012, dan kelompok Tembikai-Chenang kepada Vestigo Petroleum Sdn Bhd pada Oktober tahun lepas.

- BERNAMA

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: