Ahad, 6 April 2014

Sabah, Sarawak dan royalti minyak

Isu royalti minyak biasanya muncul menjelang pilihan raya umum. Biasanya yang menjuarai isu ialah pemimpin dan parti-parti pembangkang.

Tetapi kali ini agak berbeza.

Pemimpin dan parti yang bercakap isu royalti dari pemimpin tertinggi kerajaan dan dari parti pemerintah BN. Kenyataan terbaru daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang bersetuju isu royalti bukan isu baru dan merupakan salah satu janji BN dalam manifesto PRU tahun lalu.

Apa yang menarik, kedua-dua negeri dari Borneo yang menyumbang 85% dari keluaran minyak dan gas negara senada dan seirama dalam tuntutannya kepada kerjaan pusat menuntut royalti yang lebih besar daripada 5% yang diberikan Petronas kepada negeri-negeri itu.

Isu royalti dibangkitkan ketua menteri Sarawak yang baru dilantik pada 1 Mac lalu. Tan Sri Adenan Satem dalam satu kenyataan meminta kerajaan pusat mempertimbangkan kenaikan royalty minyak untuk negeri Sarawak.

Kadar  yang disebut ialah 20%. Kadar yang sama dijanjikan PR kepada negeri-negeri pengeluar minyak jika PR berjaya mengambil-alih pentadbiran Putrajaya pada PRU lalu. Sebenarnya Adenan hanya mengulangi kenyataan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud pada 2012.

Kenyataan Adenan disambut Timbalan Pengerusi Umno negeri Sabah, Datuk Dr Salleh Said Keruak, yang bersetuju dengan kenyataan Adenan.

Dalam kenyataannya, Dr Salleh berpendapat kajian semula kadar royalti  adalah wajar dan kerajaan pusat haruslah responsif terhadap tuntutan itu.

Jika kerajaan pusat tidak dapat berikan tambahan, penjelasan hendaklah diberikan kenapa ia tidak boleh ditambah dan memberi pilihan untuk menanganinya.

Pada 29 Mac 2013, tiga pergerakan pemuda BN dari parti PBS, UPKO dan PBRS mengeluarkan kenyataan bersama untuk memberi sokongan kepada cadangan ketua menteri Sarawak supaya kerajaan pusat menyemak semula perjanjian royalti  minyak.

Pemuda BN Sabah yang diketuai ketua pemuda PBS, Jake Nointin, Arthur Sen (Upko) dan Arthur Kurup (PBRS) berkata mereka akan menghantar cadangan mereka kepada kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga membuat kenyataan yang positif mengenai isu royalty selepas kenyataan beberapa pemimpin dari BN Sabah, tetapi kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan yang mengatakan Petronas akan muflis jika royalti bertambah 15% masih lekat dalam ingatan rakyat Sabah.

Sebenarnya suara paling lantang mengenai royalti minyak adalah daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan pemimpin NGO.

Yang amat konsisten ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari parti STAR dan tokoh NGO seperti Zainal Ajamain dari UBF (United Borneo Front) yang mendakwa perjanjian Petronas dengan kerajaan Sabah adalah tidak sah.

Pada 25 Septemper 2012, Zainal dan lima  rakyat Sabah memfail kes melalui seorang peguam ke mahkamah Kota Kinabalu untuk istiharkan perjanjian kerajaan Sabah dengan Petronas adalah tidak sah.

Plaintif  terdiri dari Lahirul Latigu dari PAS, Micheal Peter Govind, Zainal Ajamain, Mohd Julfikar Abd Mijan, dan dua dari parti SAPP, Dullie Marie dan Joseph Wilfred Lakai.

Tuntutan dari parti pembangkang agar kontroversi kerana hujah mereka, minyak Sabah adalah 100% milik kerajaan negeri kerana termasuk dalam senarai negeri  dalam perlembagaan Persekutuan, sepatutnya hak memberi royalti kepada kerajaan pusat adalah hak negeri Sabah selepas mengadakan perundingan dengan syarikat carigali minyak seperti Petronas.

FMT


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: