Isnin, 21 April 2014

SPDP tidak akan tunduk desakan segelintir ahli

KUCHING: Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) bertegas tidak akan mengalah dengan desakan segelitir ahli yang mempertikaikan keputusan ‘berdamai’ dengan empat bekas pemimpin yang sebelum ini keluar parti dipelawa semula menjadi ahli.

Presidennya, Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom berkata, beliau menyedari terdapat pihak yang tidak menyenangi keputusan itu, namun pada masa sama berkeras tidak akan tunduk dengan sebarang desakan.

Beliau berkata, rasa tidak puas hati antara ahli tidak dapat dielak dan ia pasti berlaku dalam semua parti politik di negara ini.

“SPDP kesal kerana masih ada pihak yang mempertikaikan keputusan menerima kembali Datuk Peter Nansian (ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (ADUN Marudi), Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Paulus Gumbang (ADUN Batu Danau) dalam parti.

“Pedulikan mereka yang mempertikaikan keputusan ini kerana SPDP enggan membuang masa bertelagah sesama sendiri berkenaan masalah keputusan yang telah dibuat sebelum ini,” katanya.

Mawan berkata, adalah lebih tepat jika sebarang rasa ketidakpuasan ahli parti dibincang secara ‘kekeluargaan’ bukan dihebahkan menerusi media massa.

“Kita tidak akan dedahkan semua perkara parti kepada umum kerana ia bukan sahaja boleh memberi imej buruk kepada SPDP tetapi jua mngambarkan kepincangan dalam Barisan Nasional (BN),” tegasnya.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: