Sabtu, 31 Mei 2014

BN umum kemenangan tidak rasmi di Teluk Intan

TELUK INTAN: Keputusan tidak rasmi pengiraan undi oleh petugas Barisan Nasional menunjukkan yang calonnya Datuk Mah Siew Keong telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti yang tipis.

"Secara tidak rasmi kami telah menang dengan lebih 100 undian," umum Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Ho di hadapan penyokongnya.

Mah yang juga Presiden Gerakan tiba sekitar pukul 8 malam disambut sorakan penyokongnya "BN menang!".

Perkiraan terakhir tidak rasmi yang diterima di bilik gerakan BN adalah 19,759 undi kepada Mah, manakala Dyana Sofya mendapat 19,232 undi.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bn-umum-kemenangan-tidak-rasmi-di-teluk-intan-36928?cp


Posted via Blogaway

Lapor Imigresen kalau nampak Ibrahim Ali di Sarawak - Datu Robert Lian

Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Foto fail Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Imigresen Sarawak meminta rakyat negeri Sarawak supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengetahui Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berada di negeri itu, lapor Utusan Borneo.

Pengarah Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

“Jika ada rakyat negeri ini yang mengetahui bahawa Ibrahim Ali ada di Sarawak dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa maka orang tersebut boleh dianggap sebagai menentang Sarawak,” katanya seperti dipetik oleh akhbar itu.

Robert Lian mengulas desas-desus kononnya Ibrahim bolos ke Sarawak semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Mac lepas.

Jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai rekod kemasukan Ibrahim ke negeri itu. Jika ada pun, orang itu adalah individu lain yang mempunyai nama yang sama.

“Kami tidak ada rekod bahawa Datuk Ibrahim Ali ada (masuk Sarawak). Apa yang kami tahu, Datuk Ibrahim Ali umurnya 62 tahun. Orang boleh ada nama yang sama tetapi sudah pasti bukan dia. Dia tidak ada di sini pada waktu yang dikatakan itu.

“Dia masih dalam senarai sekatan. Kita tidak perlukan orang sepertinya dan kerana itu sekatan tersebut dikeluarkan," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post pula.

Jelas Robert, sekiranya ada gambar yang menunjukkan Presiden Perkasa itu berada di Sarawak, gambar tersebut mungkin diambil sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

“Itu semua salah satu perbuatan untuk mengapi-apikan masyarakat dan cuba menunjukkan bahawa pihak Jabatan Imigresen kononnya tidak melakukan kerja," katanya mengulas mengenai pengedaran foto berkenaan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Mac lalu mendedahkan Ibrahim adalah antara individu yang dilarang masuk ke Sarawak kerana negeri itu "tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama atau bangsa".

Semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bailingan, kerajaan negeri Sarawak menyekat empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli daripada memasuki negeri itu.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/lapor-imigresen-kalau-nampak-ibrahim-ali-di-sarawak-36835?cp


Posted via Blogaway

Rabu, 28 Mei 2014

Sultan Azlan Shah mangkat

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi. 

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. 


Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda. 

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung manakala bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama tempoh perkabungan selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari. 

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi


Pendidikan

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah) 
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan

- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.



Isnin, 26 Mei 2014

TPM lancar projek RM5 bilion di Teluk Intan

TELUK INTAN : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil peluang dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini untuk melancarkan satu projek lebuh raya menghubungkan Banting dan Taiping.

Projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yang akan disiapkan dalam tempoh lima tahun itu diumumkannya dalam satu majlis di bawah jambatan Teluk Intan-Sitiawan pagi ini.

Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer itu diumumkan buat pertama kali oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada tahun 2010 dalam Belanjawan 2011.

Lebuh raya itu akan melalui Bagan Datoh, Teluk Intan, Lekir dan Sitiawan sebelum berakhir di Taiping.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata beliau yakin Teluk Intan dan kawasan sekitarnya akan mengalami pembangunan pesat apabila lebuh raya itu siap nanti.

Turut berucap ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir yang berkata lebuh raya itu telah dirancang pembinaannya sejak ia diumum perdana menteri dan ia hanya "kebetulan" dilancarkan hari ini.

Malaysiakini 25.05.2014


Posted via Blogaway

Taib Mahmud terima gelaran Tun

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul  Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.
Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.
Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.
Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.
Beliau memegang jawatan tersebut selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya’kub.
Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.
Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.
Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.
- Bernama

Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014

Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014

Keputusan Pemilihan Presiden FAM 25 Mei 2014 | Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini.

Awal pagi tadi, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984.

Pengumuman itu dibuat Sultan Ahmad Shah pada ucapan pembukaan kongres ke-50 di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam.

Dengan itu, saingan rebut jawatan Presiden antara Tengku Abdullah dan Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) - BH online

Menurut mStar online pula :
2.15: Undian pemilihan jawatan presiden terpaksa diadakan untuk kali kedua disebabkan jumlah tidak mencapai majoriti 2/3 iaitu 26 undi mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan presiden.

Pada undian pertama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Penyandang Timbalan Presiden) mendapat 24 undi manakala Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat 15 undi.

Timbalan Presiden (baharu) :

Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)

Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)

Naib Presiden (baharu):

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak)

Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)

Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)

Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Lelaki (baharu):

1.Datuk Yusof Mahadi (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka)

2.Datuk Osman Salleh (penyandang)

3.Alijus @ Mohd Ali Sipil (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah)

4.Abdul Aziz Yeop Jamaludin (Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak)

5.Datuk S. Sivasundaram (penyandang)

6. Goh Ah Chai (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)

7.Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang)

8.Datuk Othman Aziz (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah)

BERIKUT adalah keputusan rasmi barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seisi 2014/18:

Keputusan;

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita:

Brig Jeneral Datuk Norhuda Ahmad
Normala Md Yusof


Posted via Blogaway

Ahad, 25 Mei 2014

Bukit Gelugor: Ramkarpal set to win

GEORGE TOWN: All indications point at DAP candidate Ramkarpal Singh to take over as Bukit Gelugor member of parliament, from his late father Karpal Singh.

Checks showed that Ramkarpal had secured the majority of votes at all 17 polling stations.

With voter turnout at 56 per cent, one of the lowest in an election in the country, speculation is rife that the three other candidates--Parti Cinta Malaysia's Datuk Huan Cheng Guan, and independent candidates Mohd Nabi Bux Mohd Nabi Sathar and Abu Backer Sidek Mohd Zan--will lose their deposits.

By law, candidates must secure one-eighth of the total turnout to reclaim their RM10,000 candidacy deposit.

In the last general election, Karpal won big with a majority 41,778 votes, or 79 per of the total turnout.

Read more: Bukit Gelugor: Ramkarpal set to win - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-bukit-gelugor-font-ramkarpal-set-to-win-1.604881#ixzz32jYDJvfk


Posted via Blogaway

Tap the beauty, healthcare products sectors, urges Dr Hazland

Dr Hazland, with Mazlinda on his right, cutting the ribbon to launch Chinta Ayu Health & Beauty Care.

KUCHING: Bumiputera entrepreneurs should venture into the lucrative beauty and healthcare-products businesses.

Demak Laut assemblyman Dr Hazland Hipni, in giving this advice, said Bumiputera entrepreneurs must not confine themselves to the food business, like making ‘kek lapis’ (layered cake).

He noted that the number of Bumiputera in the ‘kek lapis’ industry was increasing every year, but that was not the case in the beauty and healthcare-product sector.

“Bumiputera entrepreneurs must be more creative and be willing to venture into other fields.

“Beauty and healthcare products have great growth potential, provided they are managed efficiently,” he said at the launching of Chinta Ayu Health & Beauty Care at the Islamic Complex here, yesterday.

He added that the government would provide assistance to Bumiputera entrepreneurs who ventured into new sectors.

“If the product is halal, it can even be marketed in Middle East countries,” he said, pointing out that Demak Laut had a Taman Halal Mara for halal beauty and healthcare products.

Meanwhile, Chinta Ayu founder Mazlinda Ayu Abd Hamid said the people were now more conscious about their beauty and health.
She said the products were suitable for both the young and old.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/05/25/tap-the-beauty-healthcare-products-sectors-urges-dr-hazland/#ixzz32haCEIXw


Posted via Blogaway

Khamis, 22 Mei 2014

SPDP tolak permohonan Teras sertai BN - Tiong

KUCHING: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menentang kemasukan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dalam Barisan Nasional (BN), kata pemangku presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, tidak berlaku krisis kepimpinan dalam SPDP tetapi semata-mata berpunca dari pelanggaran perlembagaan parti apabila bekas presiden Tan Sri William Mawan Ikom mengekalkan empat bekas pemimpin yang disingkir dari parti.

Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, Datuk Sylvester Entrie Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

"Majlis Tertinggi parti tidak pernah meluluskan dan sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan kemasukan semula keempat-empat mereka kerana mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) telah membuat resolusi bahawa Majlis Tertinggi tidak boleh memberi kelulusan.

"Jadi, sekiranya kita mahu mendapatkan semula mereka, kita perlu kembali kepada TGM untuk kelulusan dan itu tidak dilakukan," katanya di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Tiong berkata beliau telah memberitahu Mawan bahawa beliau perlu merujuk kepada TGM dan menambah Mawan bersetuju kerana bimbang anggota parti membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), maka parti akan dibatalkan pendaftarannya.
Beliau berkata sehingga hari ini, beliau tidak faham kenapa Mawan enggan pergi kepada TGM untuk membuat keputusan.

"Saya juga tidak faham mengapa beliau masuk parti lain (Teras)," katanya dan menambah beliau kecewa kerana Mawan sebaliknya menyalahkan beliau.

"Saya tidak berniat menjatuhkan beliau.

Sekiranya saya mahu menjatuhkannya, saya akan lakukannya lama dahulu. Mengapa perlu saya jatuhkannya kerana saya gembira dengan kedudukan saya sebagai timbalan presiden."

Beliau berkata beliau akan membiarkan orang ramai untuk mengadili sama ada Mawan telah mengkhianati parti dan anggotanya atau sebaliknya.

Kepada soalan lain, Tiong berkata beliau juga akan membiarkan para perwakilan memutuskan siapa yang bakal menjadi presiden pati seterusnya.

Katanya mesyuarat Majlis Tertinggi di Bintulu pada Sabtu ini akan memutuskan untuk menyegerakan TGM berikutan situasi semasa yang berlaku dalam parti.

Sementara itu beliau melahirkan rasa kecewa dengan sesetengah pemimpin cawangan yang menandatangani surat peletakan jawatan bagi pihak anggota parti. - BERNAMA


Posted via Blogaway

Rabu, 21 Mei 2014

Tun Dr. Mahathir Pengerusi baru Proton

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah mengesahkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad.

Pengumuman rasmi tentang perkara ini dijangka akan dilakukan pada hari ini.

Perlantikan beliau secara tidak langsung akan menyaksikan perunduran pengerusi sebelumnya iaitu Tan Sri Mohd Khamil Jamil daripada jawatan tersebut.

Dr Mahathir, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Proton pada 1980-an dalam menerajui Malaysia ke arah perindustrian, juga akan dilantik sebagai pengerusi anak syarikat milik penuh Proton Lotus plc.

Dikenali sebagai Perusahaan Otomobil Nasional Berhad sebelum ini, Proton pada asalnya ditubuhkan oleh Tun sendiri untuk merangsang peralihan negara kepada perindustrian. Bersama dengan entiti perindustrian yang lain seperti Heavy Industries Corp Malaysia (Hicom) dan kemudian Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd dan Hicom-Honda, Proton mewakili  polisi Malaysia dalam melaksanakn dasar penswastaan ​​dan menjadi daya penggerak untuk menggerakkan ekonomi daripada pertanian ke pembuatan .

Dr. Mahathir juga turut berkata kepada media untuk menjadikan Proton syarikat yang berjaya selepas ini.

Sejak dijadikan syarikat persendirian, DRB-Hicom telah cuba untuk menangani slaid dengan memberi tumpuan kepada langkah-langkah transformasi radikal pengurusan Proton dan pelantikan Dr Mahathir dilihat sebagai satu pemberian kuasa semula. Perlantikan beliau juga adalah berdasarkan pengetahuan dan pengaruh beliau sendiri dalam industri dan kerajaan.

Sejak bersara pada tahun 2003 , bekas Perdana Menteri berusia 88 tahun ini merupakan penasihat kepada pembuat kereta nasional ini.

Sumber : The Malaysian Reserve & The Star Online


Posted via Blogaway

Isnin, 19 Mei 2014

Wanita dan Pemuda SPDP mengikuti jejak Mawan

Seramai 10,000 ahli Wanita, 5,263 ahli Pemuda Wilayah Selatan semalam umum keluar parti, sertai TERAS  

KUCHING: Sekitar 10,000 ahli Wanita dan 5,263 ahli Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Wilayah Selatan semalam mengumumkan keluar parti bagi mengikuti bekas presiden mereka Tan Sri William Mawan Ikom menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Pengumuman keputusan tersebut dibuat menerusi kenyataan bersama oleh bekas Setiausaha Agung Wanita SPDP Olivia Chan dan bekas Setiausaha Agung Pemuda SPDP Khairuddin Abdul Kadir.

Menurut Olivia, ahli-ahli Wanita yang keluar parti itu adalah dua pertiga daripada bilangan keseluruhan ahli Wanita SPDP Wilayah Selatan.

“Daripada 15 bahagian Wanita SPDP Wilayah Selatan, 10 bahagian telah mengambil keputusan untuk keluar parti bermula hari ini (semalam) bagi menyertai presiden kami di dalam TERAS,” katanya.

Manakala Khairuddin berkata barisan ahli yang keluar parti adalah melibatkan 16 ketua Pemuda daripada Wilayah Selatan serta 10 exco yang mewakili 5,263 ahli atau satu pertiga daripada populasi Pemuda SPDP.

“Dengan itu, kami tidak lagi bersama SPDP tetapi akan menyertai TERAS dan ini adalah untuk memastikan bahawa haluan kami adalah selari dengan haluan BN,” katanya.

Sepuluh bahagian Wanita SPDP Wilayah Selatan yang mengambil keputusan itu adalah Pending, Batu Lintang, Satok, Muara Tuang, Bengoh, Tarat, Opar, Tanjung Datu, Kedup dan Tebedu.

Manakala bahagian Pemuda SPDP Wilayah Selatan adalah daripada Opar, Tasik Biru, Tupong, Samariang, Pending, Batu Lintang, Bengoh, Tarat, Tebedu, Kedup, Simanggang, Kalaka, Krian, Pakan, Piasau dan Pujut.

Justeru, Khairuddin berkata pihaknya mengemukakan keputusan tersebut kepada setiausaha agung parti hari ini.

Sementara itu, beliau menambah keputusan Wanita dan Pemuda SPDP Wilayah Selatan itu juga akan diikuti oleh bahagian-bahagian lain dalam masa terdekat.

SUPP usir Wong Soon Koh daripada parti

Turut desak Wong letak jawatan ADUN dan menteri kabinet kerana khianati parti

KUCHING: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam memutuskan untuk mengusir Dato Sri Wong Soon Koh daripada parti berkuat kuasa pada hari beliau mengumumkan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), 15 Mei lepas.
Pada mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti semalam, CWC yang dipengerusikan oleh Presidennya Tan Sri Peter Chin turut mendesak bekas pengerusi SUPP Cawangan Sibu itu meletak jawatan sebagai ADUN Bawang Assan dan menteri kabinet kerana mengkhianati parti.

Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu semalam turut memutuskan menolak sebarang permohonan oleh TERAS untuk diterima sebagai parti komponen BN mahupun menerusi formula BN-Plus.

“Saya tidak fikir TERAS akan menyertai BN kerana jika anda melihat kepada perlembagaan BN, jika anda tidak mendapat restu daripada setiap pemimpin BN maka anda tidak boleh menyertai BN.

“Menerusi penilaian saya daripada laporan-laporan akhbar, lapan parti BN telah memberi pandangan yang hambar mengenai penerimaan TERAS dalam BN kerana terdapat barisan yang panjang untuk menyertai BN.

“Jika ada parti yang tidak bersetuju maka kita perlu tolak, tolak dan tolak,” katanya yang ditemui selepas Mesyuarat Tergempar CWC diikuti taklimat bersama pemimpin-pemimpin SUPP bagi menjelaskan perkara ini.

Chin semalam turut menyangkal bahawa Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang juga pengerusi BN telah menyatakan persetujuan untuk menerima masuk TERAS sebagai komponen BN menerusi formula BN-Plus.

“Tan Sri Adenan tidak pernah berkata demikian. Siapa yang memberitahu beliau berkata demikian? Beliau hanya menyambut baik kunjungan hormat daripada kumpulan tersebut yang mahu menyatakan sokongan mereka terhadap beliau dan BN.

“Tiada yang salah dengan itu. Tetapi beliau tidak pernah memberitahu bahawa beliau menerima TERAS dalam BN. Ini yang beliau beritahu saya dan yang saya faham daripada beliau,” ujar Chin dalam nada yang agak nyaring.

Ditanya adakah SUPP akan berjumpa dengan Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri selepas ini, Chin berkata beliau telah berjumpa dengan Adenan kelmarin namun enggan mendedahkan isi perbincangan antara mereka.

Sama ada beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri atau tidak bagi membincangkan perkara ini, Chin memberitahu bahawa beliau tiada masalah untuk itu jika Perdana Menteri mahukan penjelasan lanjut mengenai isu ini.

“Saya pasti beliau telah diberi taklimat oleh Setiausaha Politiknya setiap masa mengenai apa yang berlaku di Sarawak tetapi jika Perdana Menteri mahu penjelasan lanjut daripada kami sudah pasti kami gembira untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Perkara lain yang diputuskan dalam mesyuarat itu semalam termasuk untuk mendapatkan penjelasan daripada tiga lagi pemimpin SUPP iaitu Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnical Rayong Ngipa sama ada mereka menyertai TERAS atau tidak.

CWC turut bertegas akan menuntut semua 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada SUPP.

Pada masa sama, SUPP juga akan bekerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Sibu yang masih kekal, ahli-ahli jawatankuasa Wanita dan Pemuda dan ahli-ahli SUPP bagi memastikan SUPP Cawangan Sibu berfungsi seperti biasa dan terus menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat.

TERAS diharap atasi kemelut SPDP, SUPP

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berharap penubuhan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dapat menyelesaikan kemelut politik dua parti komponen Barisan Nasional (BN), SPDP dan SUPP.

Meskipun masih terlalu awal untuk membuat pandangan terhadap parti baharu itu, beliau berkata sekiranya itu jalan terbaik untuk mengukuhkan jentera BN Sarawak, ia adalah langkah yang baik.

“Bagi kita dalam BN apa yang menjadi keutamaan kita adalah kekuatan parti, sekiranya pengwujudan parti baharu ini dapat menyelesaikan masalah, kita akan menyokong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu pada sidang media sempena Hari Ibu di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini Jumaat lalu.

Fatimah berkata kesatuan parti komponen BN adalah satu keutamaan bagi menghadapi pilihan raya nanti yang dijangka ‘hangat.’

“Saya melihat pilihan raya nanti adalah satu tugas gentir yang perlu dipikul, sebab itu semua jentera parti BN perlu bersiap sedia untuk memastikan kita terus memerintah,” tegasnya.

Ditanya sama ada tindakan menubuhkan parti baharu itu akan menjejaskan hubungan antara parti komponen lain, Fatimah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Ia masih terlalu awal untuk membuat pandangan, kita lihat dahulu respons baharulah kita tahu,” ujarnya.

“Teras is not part of BN”

KUCHING: Barisan Nasional (BN) component parties are insisting that Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) is not part of BN.
“William Mawan’s leaving Sarawak Progessive Democratic Party (SPDP) and joining Teras is a surprise to us.
“His joining the very people he sacked from SPDP is even more surprising,” said Parti Rakyat Sarawak (PRS) secretary-general Wilfred Nissom.
Nissom said that while Teras is registered by the Registrar of Society (ROS), the party however is not a member of BN.
“By extension of that argument, all members of Teras are not representatives of BN,” he insisted.
Nissom said that PRS president, James Masing is still waiting for ‘events to unfold’ before he will officially make a comment on the matter.
However, it is understood that the majority of BN component parties are not receptive to the idea of Teras joining the BN fold.
Unhealthy political environment
SPDP secretary-general Nelson Balang said that while the party had concerns with the formation of Teras, the surprise resignation of its president Mawan would not affect the party.
“It’s just a matter of moving our leaders up the ranks. Our deputy president Tiong King Sing is now acting president for SPDP.
“The bigger worry right now is that the establishment of Teras is creating an unhealthy political environment for BN.
“The acceptance of Teras into the BN fold will only open the door for future elected representatives who want higher positions within their own political party to emulate the move.”
Former SPDP president William Mawan had faced pressure from party members, at all levels, when he re-admitted four SPDP elected representatives previously dismissed for insubordination.
Despite calls for him to resign, Mawan had remained nonchalant until it was revealed in a recent press conference that he had joined Teras.
Joining him is former Sarawak United Peoples Party (SUPP) Sibu chief Wong Soon Koh, who was also facing problems within his party, creating a faction in SUPP claiming there were irregularities during the 2011 party elections.
Wong and his team had refused to acknowledge the current SUPP president Peter Chin due to their dissatisfaction.
Wong was sacked from SUPP following the announcement of his joining Teras. Chin claims that the Bawang Assan assemblyman had not tendered his formal letter of resignation, which is considered improper.
“He should give up his Bawang Assan seat since he won it as a candidate of SUPP, a component party of BN. Teras however, is not part of BN.”

Ahad, 18 Mei 2014

Usah terkejut, Miri mungkin jadi ibu negeri Sarawak yang baharu - Adenan Satem

MIRI: Pembangunan pesat bandar Miri sejak ia  mendapat status bandar raya pada 2005 mungkin boleh menggantikan bandar raya Kuching sebagai ibu negeri Sarawak yang baharu, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata berikutan banyak projek projek pembangunan dilaksanakan di bandar raya Miri sekarang, bukan satu perkara yang mengejutkan apabila bandar raya Miri boleh mengatasi populariti bandar raya Kuching pada masa akan datang.

"Bandar raya Miri begitu pantas mengejar kemajuan bandar raya Kuching dan bandar Sibu," katanya pada majlis pecah tanah projek Miri Central Park di sini hari ini.

Miri dinaikkan taraf bandar raya pada 20 Mei 2005 dan sejarah yang dicipta   menjadi bandar raya bukan ibu negeri yang pertama di negara ini untuk diberi status tersebut.

Mengenai projek taman itu, Adenan menyambut baik inisiatif kerajaan negeri dan swasta yang akan mengubah bandar raya Miri menjadi lebih bertenaga daripada sebelumnya.

Digelar sebagai pembangunan pinggir laut autentik yang pertama di negeri ini, Miri Central Park diliputi 6.28 hektar tanah dan dijangka siap pada awal 2016.

Taman ini yang dilaksanakan secara bersama antara Pantai Bayu Indah, ahli  Kumpulan Samling dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita), yang dimiliki badan berkanun negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Samling Datuk Seri Yaw Chee Ming yang  turut berucap pada majlis itu berkata konsep Miri Central Park itu merupakan sebuah taman bandar yang akan menjadi venue untuk budaya, perayaan dan hiburan sepanjang tahun.

Beliau berkata antara ciri utama kawasan itu ialah laluan pejalan kaki  pinggir laut 500 meter, sebuah amfiteater dan taman permainan yang besar untuk berkelah dan aktiviti air.

"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kami akan melabur RM40 juta bagi  pembangunan taman ini," katanya.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/usah-terkejut-miri-mungkin-jadi-ibu-negeri-sarawak-yang-baharu-adenan-36056?cp


Posted via Blogaway

Jumaat, 16 Mei 2014

BN Sarawak `buka pintu' kepada Teras

KUCHING 16 Mei - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, Barisan

Nasional (BN) Sarawak tiada masalah untuk menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) sebagai komponen baharu dalam parti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pihaknya sedia membuka pintu kepada 11 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkuatkuasa semalam.

"Dalam perjumpaan tadi, mereka (ahli Teras) telah memberi saya jaminan bahawa sangat setia dan sentiasa bersama BN.

"Jadi, saya sangat berbesar hati mendengar penjelasan daripada mereka dan kita akan melakukan persiapan jika ada keperluan nanti, " katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, beliau akan memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perkembangan terkini berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140516/po_12/BN-Sarawak-buka-pintu-kepada-Teras#ixzz31s7Cp87m
© Utusan Melayu (M) Bhd


Posted via Blogaway

Khamis, 15 Mei 2014

Tan Sri William Mawan quits SPDP

KUCHING: Tan Sri William Mawan Ikom has quit the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).

Mawan, who was SPDP president, announced his decision at a press conference this afternoon.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/05/15/mawan-quits-spdp/#ixzz31m5rqie1


Posted via Blogaway

Rabu, 14 Mei 2014

Ahmad Said masuk UMNO semula

Pergolakan yang dialami oleh kerajaan negeri Terengganu susulan perletakan jawatan Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar dan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baru kini dilihat sudah selesai.

Sebentar tadi telah berlangsung satu sidang media tergempar susulan pergolakan yang terjadi di Terengganu sehingga Ahmad Said dan beberapa Adun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO.

Dalam sidang media tersebut,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang beliau telah memberitahu bahawa Ahmad Said telah kembali semula kepada UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan turut menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku.

Pendirian Ahmad Said ini seharusnya dipuji kerana mengambil kira aspek kepentingan parti dan juga rakyat Terengganu secara khususnya dari terus diheret kedalam kemelut ini yang dilihat boleh menggugat sosio politik di negeri tersebut jika perkara ini terus berlarutan.

Pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana bijak mencari penyelesaian dalam permasalahan ini kerana semua sudah maklum bahawa pihak pembangkang dilihat sudah bersedia untuk mengambil kesempatan jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secaar berhemah .

Sementara itu,Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong turut menemui Perdana Menteri sebentar tadi.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber : ultranews


Posted via Blogaway

Selasa, 13 Mei 2014

ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO

KUALA TERENGGANU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Jidin, yang juga ADUN Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal, dan ADUN Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/adun-bukit-besi-tarik-balik-surat-keluar-umno-35766?cp


Posted via Blogaway

Seorang lagi Adun Umno keluar parti, Terengganu ‘runtuh’ lagi

Majoriti kerusis di Terengganu kini berpihak kepada barisan Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu.

Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas.

"Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider.

Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

"Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya. – 13 Mei, 2014.


Posted via Blogaway

Ahmad Said : Pertukaran jawatan telah diarahkan oleh Najib sendiri.

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO dibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI  berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.

"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?

"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.

Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.

"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.

Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,

"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka".

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Seorang Adun dan Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO.

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.


Posted via Blogaway

Ahmad Razif angkat sumpah MB Terengganu yang baharu

KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke-14 di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Singgahsana Balai Rong Seri Istana Syarqiyyah di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan hari ini.

Ahmad yang memegang jawatan sebagai menteri besar selama enam tahun sejak 2008 menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

BIOGRAFI
ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman
- Jawatan: Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi; Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
- Tempat lahir: Kuala Terengganu
- Tarikh lahir: 7 November 1965
- Isteri: To’ Puan Halina Zakaria
- Jawatan dalam parti: Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus
- Status: Berkahwin dan mempunyai empat orang anak
- Lulusan: Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling (UPM)
- Hobi: Membaca buku, bercuti di tanah tinggi dan tepi laut


Posted via Blogaway

Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletak jawatan dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah dijangka berlangsung pada kira-kira jam 8 malam ini di Istana Syarqiyyah di sini.

Tengku Adnan tidak menamakan pengganti Ahmad Said.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman disebut-sebut sebagai pengganti menteri besar.

Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.

BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.

BIOGRAFI

Nama: Datuk Seri Ahmad Said
Tarikh Lahir : 15 Februari 1957
Tempat Lahir : Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Anak : 8 orang

PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman (1964-1969)
Sekolah Menengah Chukai, Kemaman (1970-1974)
Maktab Adabi Terengganu, Kuala Terengganu (1975-1976)
Universiti Sains Malaysia (USM) , Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik

PENGALAMAN DALAM PENTADBIRAN AWAM

1982-1985 Penolong Pegawai Daerah Kemaman
1985-1986 Pegawai Pentadbir Tanah II, Kemaman
1986-1988 Pengetua Pusat Pupuk Semangat Negeri
1988-1990 Penolong Pegawai Daerah Setiu
1990-1995 Yang Di Pertua Majlis Daerah Kemaman

PENGALAMAN DALAM SEKTOR SWASTA (1992-2000)

Pengerusi, Pesama Timber Corporation Sdn. Bhd. (1992-1995, 1997-2000)
Pengerusi PESAKA Terengganu Berhad
Pengarah, Golden Pharos Berhad
Pengerusi, Kumpulan Kayu Kayan Berhad
Pengerusi, G.P Furniture

PENGALAMAN DALAM POLITIK

1996 - 1978 Naib Ketua, UMNO Teluk Kalong
1982 - 1986 Ahli Jaw. Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
Ogos 1990 (Pilihan Raya Kecil Dun Kijal ) ADUN Kijal
Oktober 1990 (Pilihan Raya Umum ke-8) ADUN Kijal
1995 (Pilihan Raya Umum ke-9) ADUN Kijal
2004 (Pilihan Raya Umum ke-11) ADUN Kijal
2008 (Pilihan Raya Umum ke-12) ADUN Kijal
23 Mac 2008 Terima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar
20 Julai 2010 Menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu
"Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu
(S.S.M.Z)"
Mac 2008 - 12 Mei 2014 Menteri Besar Terengganu Darul Iman


Posted via Blogaway

Isnin, 12 Mei 2014

Datuk Huan umum bertanding di Bukit Gelugor

Ketika desas-dusus bertiup kencang bahawa mungkin Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor... tiba-tiba pagi Jumaat, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan mengumumkan secara rasmi hasrat beliau untuk bertanding di situ 12 Mei ini.
PCM bukan komponen BN, tapi umum tahu parti itu dikira mesra BN.
Huan sendiri bukan orang baru dalam politik, bekas Naib Presiden Gerakan dan Ahli Parlimen Batu Kawan ini  mengumumkan hasrat itu dalam sidang media khas di pusat khidmat PCM di Air Itam Pulau Pinang.
 
"Saya akan bertanding di Bukit Gelugor dan saya menggesa orang ramai yang tidak puas hati dengan pentadbiran DAP di Pulau Pinang mengundi saya.
 
"Sebagai underdog, saya tidak merasa tertekan," katanya.

Menurutnya, untuk persediaan menghadapi PRK itu,beliau akan membentangkan manifesto pilihan raya dan slogan yang akan digunakannya nanti pada hari penamaan calon, Isnin depan.
Huan juga merupakan Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), NGO yang memantau media sosial di Malaysia.
PRK Bukit Gelugor diadakan selepas terdapat kekosongan kerusi parlimen apabila penyandangnya, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 17 April lalu. 



Naib Presiden PCM timbang tanding PRK Bukit Gelugor

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan sedang 'berkira-kira' untuk menawarkan diri sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mei ini.

Menurut bekas Ahli Parlimen (Gerakan) Batu Kawan itu beliau sedang mempertimbangkan perkara tersebut sedalam-dalamnya.
"Jika bertanding, saya akan umumkan manifesto pilihanraya saya pada hari penamaan calon,"katanya dalam satu kenyataan Isnin.
Huan merupakan bekas Naib Presiden Gerakan sebelum keluar dan bersama-sama mengasaskan PCM pada 2009.
Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan pada 2004 sehingga 2008.
Untuk BN, kerusi tersebut milik MCA dan sehingga kini masih belum diputuskan siapakah yang akan mewakili BN.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu memberitahu, BN maih belum membincangkan mengenai calon PRK Bukit Gelugor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Bukit Gelugor manakala penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei ini.
Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.
Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.-28/4/2014

Sabtu, 10 Mei 2014

RM2.24b dari Petronas dalam lima tahun

KUCHING: Sarawak dianggarkan menerima nilai kontrak keseluruhan RM2.24 bilion daripada Petronas bagi industri minyak dan gas sejak lima tahun lepas.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pembangunan Estet Perindustrian) Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, nilai keseluruhan berkenaan dicatatkan sejak 2010 sehingga suku pertama tahun ini.

Pada tahun 2010, sebanyak RM111.84 juta diberikan sementara 2011 (RM1,084.97 juta), 2012 (RM316.59 juta), 2013 (RM653.95 juta) dan Januari hingga Mac 2014 (RM71.42 juta).

“Tender kontrak ini dibuka kepada semua pemegang lesen vendor Petronas tanpa mengira negeri mereka.

“Pemilihan kontraktor dibuat melalui proses membida yang kompetitif, yang dinilai berdasarkan permintaan projek dan teknikal serta harga tawaran yang berdaya saing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan DUN di sini, semalam.

Nansian menjawab pertanyaan Dr Annuar Rapa’ee (BN-Nangka) berhubung jumlah nilai kontrak yang diberikan Petronas kepada Sarawak sejak lima tahun lepas.

Tambah Nansian, bagaimanapun mungkin terdapat beberapa tender yang khusus dengan memperuntukkan penyertaan bagi syarikat tempatan di negeri ini.

Katanya, kontrak yang diberikan adalah bersifat teknikal intensif yang memerlukan kecekapan teknikal dan pengalaman.

Nansian turut memberitahu setakat ini Petronas telah melantik 80 usahawan dari Sarawak terlibat dalam aktiviti perdagangan runcit atau stesen minyak Petronas di seluruh negeri ini.

“Setakat 2 April 2014 pula, sebanyak 310 daripada 315 syarikat dari Sarawak yang berlesen atau berdaftar dengan Petronas (iaitu 98 peratus) adalah terdiri daripada syarikat Bumiputera,” katanya.


Posted via Blogaway

Rabu, 7 Mei 2014

Stars boycott Beverly Hills Hotel over Brunei 'sharia' law

Stars of Hollywood are boycotting one of the area's most famous hotels because of a harsh Islamic penal code introduced by Brunei's government.

People protest outside the Beverly Hills Hotel, which is owned by the Sultan of Brunei, over Brunei"s strict sharia law penal code in Beverly Hills, California 5 May 2014
Demonstrators protest over Brunei's new harsh Islamic penal code at the Beverly Hills hotel.

Comedians Jay Leno and Ellen DeGeneres are among the celebrities supporting the boycott against the Beverly Hills Hotel and other hotels owned by Brunei.

Beverly Hills was set to vote on a resolution condemning the laws.

Brunei's leader, Sultan Hassanal Bolkiah, announced the first phase of the new penalties last week.

They will eventually include death by stoning for homosexuality and adultery.

The mayor of Beverly Hills, Lili Bosse, has also urged the city to adopt a resolution condemning Brunei's new laws and divesting the country from the hotel and others it owns through the Dorchester Collection chain.

The city is set to vote on the measure on Tuesday.

And Virgin group founder Richard Branson tweeted on Saturday his employees and family would not stay at the luxury hotel chain "until the Sultan abides by basic human rights".

Several organisations have cancelled events at the hotel, long a gathering place for Hollywood celebrities, including the Motion Picture & Television Fund's annual Night Before the Oscars charity event and the Feminist Majority Foundation's annual Global Women's Rights Awards.

During a small protest in front of the hotel on Monday, Mr Leno said: "I'd like to think that all people are basically good and when they realise this is going on, hopefully they'll do something about it."

But Christopher Cowdray, the chief executive of the Dorchester Collection chain, said those protesting have ignored local hotels owned by countries with poor human rights records.

"There are other hotel companies in this city that are owned by Saudi Arabia... you know, your shirt probably comes from a country which has human rights issues," Mr Cowdray said, adding a boycott would hurt local employees the most.

Jay Leno speaks at a gathering of Women's Rights and LGBT groups protesting across from the Beverly Hills Hotel, 5 May 2014
Jay Leno speaks at the protest across from the Beverly Hills Hotel
The US government has been largely quiet on the change to Brunei's penal code, but the state department said on Tuesday it had privately relayed concerns to the Brunei government.

The tiny state, on the island of Borneo has grown rich on oil and gas exports.

Almost three-quarters of those who live there are Malay Muslims, but there are sizeable Buddhist and Christian communities. http://m.bbc.com/news/world-us-canada-27303085?post_id=1624313560_10202761962443204#_=_ 


Posted via Blogaway

Khamis, 1 Mei 2014

Ahli Parlimen DAP, Teluk Intan meninggal dunia

Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.​

"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.


Posted via Blogaway

Mara to probe allegations of religious bigotry during scholarship interview

Majlis Amanah Rakyat (Mara) today said that non-Muslim students, who attended a scholarship interview, should not have been quizzed on Islam, a state Mara official said in response to allegations of religious bigotry.

Sarawak Mara deputy state director Mariam Mohtar told The Malaysian Insider that officers from their headquarters in Kuala Lumpur, who had conducted the scholarship interviews, are being investigated.

Mariam was responding to Sarawak Land Development Minister Tan Sri Dr James Masing who had earlier described Mara as “stupid” for quizzing the students on Islam during their interview for the financial assistance.

Masing’s attack on Mara was prompted by a complaint he received from a straight “A” Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) student, Nigel Unchat Jeremaiah, who said he was asked questions on hudud, "rukun Solat" (prayers) and "adat menziarah jenazah" (visiting graves), among others, during the interview last Saturday.

Mariam told The Malaysian Insider that the investigation now would probably look into how the interview with Nigel was done.

Mariam, who herself took part in the interview, but with another group, to "back up the officers from Kuala Lumpur",  said Mara has a module on the questions as well as "strict" guidelines" on how the interview should be conducted.

"Yes, there are questions on Islam but they are strictly to be directed at Muslims," she said.

Non-Muslims, she said, would be asked, what she described as, "civic questions".

"These are basically general knowledge questions, like their opinion on the breakdown in a family.

"These questions are basically to assess their general knowledge and level of thinking.

"This is a group interview and we know who are Muslims and who are non-Muslims.

"If the student is a Muslim, he could probably get a question on his religion," she said.

Meanwhile, Nigel admitted the questions on Islam were not directed at him and the other non-Muslim students individually.

He said the interviewer threw the questions to the whole group and told them that they would be evaluated individually on their answers.

Nigel, who attended the interview at Maktab Rendah Sains Mara in Semariang outside Kuching, said out of about 30 students who went for the interview that Saturday afternoon, about 10 were non-Muslims.

He feared his failure to answers the questions would now cost him the scholarship.

Nigel is hoping to follow in the footsteps of his two older siblings - one studying at Universiti Malaysia Sabah (UMS) and the other at University Malaysia Sarawak (Unimas).

He would only know if he is successful in obtaining a Mara scholarship when the result is out on May 8. – April 30, 2014. TMI


Posted via Blogaway

Pegawai Mara disiasat atas dakwaan taksub agama semasa temu duga biasiswa

Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini berkata pelajar bukan Islam yang menghadiri temu duga biasiswa, tidak perlu disoal mengenai Islam, kata seorang pegawai Mara negeri ekoran dakwaan ketaksuban agama.

Timbalan Pengarah Mara Negeri Sarawak, Mariam Mohtar memberitahu The Malaysian Insider pegawai dari ibu pejabat di Kuala Lumpur yang menjalankan temu bual biasiswa berkenaan sedang disiasat.

Mariam berkata demikian kepada Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing (gambar) yang sebelum ini menyifatkan Mara sebagai "bodoh" kerana menyoal  pelajar bukan Islam  berkenaan Islam semasa temu duga mereka untuk bantuan kewangan.

Serangan Masing terhadap Mara disebabkan aduan yang diterima daripada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nigel Unchat Jeremaiah, yang berkata beliau disoal mengenai hudud, rukun solat dan adat menziarah jenazah dan lain-lain semasa temu duga Sabtu lalu.

Mariam berkata siasatan kini mungkin akan melihat bagaimana temu duga dengan Nigel dilakukan.

Mariam, yang juga terlibat dalam temu duga tetapi  dengan kumpulan lain, "menyokong para pegawai dari Kuala Lumpur," berkata Mara mempunyai modul bagi soalan serta garis panduan “ketat” bagaimana temu duga perlu dijalankan.

"Ya, ada soalan mengenai Islam tetapi ia hanya untuk yang beragama Islam," katanya.

Bagi bukan Islam katanya, akan ditanya, apa yang digambarkan sebagai, "soalan sivik".

"Pada dasarnya soalan ini adalah soalan berkaitan pengetahuan am, seperti pendapat mereka terhadap pecahan dalam keluarga.

"Semua soalan ini pada dasarnya adalah untuk menilai pengetahuan am dan tahap pemikiran.

"Ini adalah kumpulan temu duga dan kita tahu siapa yang beragama Islam dan bukan Islam.

"Jika pelajar itu Muslim, dia mungkin mendapat soalan mengenai agamanya," katanya.

Nigel, bagaimanapun, mendakwa soalan itu tidak tidak ditujukan kepada pelajar secara individu.

Beliau berkata penemuduga melemparkan soalan kepada kumpulan dan mereka kemudiannya akan dinilai secara individu di atas jawapan yang diberi.

Nigel, yang menghadiri temuduga di Maktab Rendah Sains Mara di Semariang, luar Kuching, berkata daripada kira-kira 30 pelajar yang pergi untuk temu duga petang Sabtu itu, kira-kira 10 orang daripadanya bukan Islam.

Beliau bimbang kegagalannya jawapan semua soalan itu menggagalkan peluangnya untuk mendapat biasiswa.

Nigel berharap dapat mengikut jejak langkah dua adik-beradik yang terdahulu – seorang di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan seorang di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Beliau hanya akan mengetahui jawapan bagi temu duga biasiswa Mara apabila pada 8 Mei.  – 30 April, 2014. TMI


Posted via Blogaway