Selasa, 13 Mei 2014

Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletak jawatan dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam ini, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah dijangka berlangsung pada kira-kira jam 8 malam ini di Istana Syarqiyyah di sini.

Tengku Adnan tidak menamakan pengganti Ahmad Said.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman disebut-sebut sebagai pengganti menteri besar.

Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.

BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.

BIOGRAFI

Nama: Datuk Seri Ahmad Said
Tarikh Lahir : 15 Februari 1957
Tempat Lahir : Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Anak : 8 orang

PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman (1964-1969)
Sekolah Menengah Chukai, Kemaman (1970-1974)
Maktab Adabi Terengganu, Kuala Terengganu (1975-1976)
Universiti Sains Malaysia (USM) , Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik

PENGALAMAN DALAM PENTADBIRAN AWAM

1982-1985 Penolong Pegawai Daerah Kemaman
1985-1986 Pegawai Pentadbir Tanah II, Kemaman
1986-1988 Pengetua Pusat Pupuk Semangat Negeri
1988-1990 Penolong Pegawai Daerah Setiu
1990-1995 Yang Di Pertua Majlis Daerah Kemaman

PENGALAMAN DALAM SEKTOR SWASTA (1992-2000)

Pengerusi, Pesama Timber Corporation Sdn. Bhd. (1992-1995, 1997-2000)
Pengerusi PESAKA Terengganu Berhad
Pengarah, Golden Pharos Berhad
Pengerusi, Kumpulan Kayu Kayan Berhad
Pengerusi, G.P Furniture

PENGALAMAN DALAM POLITIK

1996 - 1978 Naib Ketua, UMNO Teluk Kalong
1982 - 1986 Ahli Jaw. Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
Ogos 1990 (Pilihan Raya Kecil Dun Kijal ) ADUN Kijal
Oktober 1990 (Pilihan Raya Umum ke-8) ADUN Kijal
1995 (Pilihan Raya Umum ke-9) ADUN Kijal
2004 (Pilihan Raya Umum ke-11) ADUN Kijal
2008 (Pilihan Raya Umum ke-12) ADUN Kijal
23 Mac 2008 Terima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar
20 Julai 2010 Menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu
"Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu
(S.S.M.Z)"
Mac 2008 - 12 Mei 2014 Menteri Besar Terengganu Darul Iman


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: