Jumaat, 16 Mei 2014

BN Sarawak `buka pintu' kepada Teras

KUCHING 16 Mei - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, Barisan

Nasional (BN) Sarawak tiada masalah untuk menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) sebagai komponen baharu dalam parti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pihaknya sedia membuka pintu kepada 11 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkuatkuasa semalam.

"Dalam perjumpaan tadi, mereka (ahli Teras) telah memberi saya jaminan bahawa sangat setia dan sentiasa bersama BN.

"Jadi, saya sangat berbesar hati mendengar penjelasan daripada mereka dan kita akan melakukan persiapan jika ada keperluan nanti, " katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, beliau akan memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perkembangan terkini berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140516/po_12/BN-Sarawak-buka-pintu-kepada-Teras#ixzz31s7Cp87m
© Utusan Melayu (M) Bhd


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: