Selasa, 13 Mei 2014

Seorang lagi Adun Umno keluar parti, Terengganu ‘runtuh’ lagi

Majoriti kerusis di Terengganu kini berpihak kepada barisan Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu.

Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas.

"Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider.

Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

"Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya. – 13 Mei, 2014.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: