Isnin, 26 Mei 2014

TPM lancar projek RM5 bilion di Teluk Intan

TELUK INTAN : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil peluang dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini untuk melancarkan satu projek lebuh raya menghubungkan Banting dan Taiping.

Projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yang akan disiapkan dalam tempoh lima tahun itu diumumkannya dalam satu majlis di bawah jambatan Teluk Intan-Sitiawan pagi ini.

Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer itu diumumkan buat pertama kali oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada tahun 2010 dalam Belanjawan 2011.

Lebuh raya itu akan melalui Bagan Datoh, Teluk Intan, Lekir dan Sitiawan sebelum berakhir di Taiping.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata beliau yakin Teluk Intan dan kawasan sekitarnya akan mengalami pembangunan pesat apabila lebuh raya itu siap nanti.

Turut berucap ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir yang berkata lebuh raya itu telah dirancang pembinaannya sejak ia diumum perdana menteri dan ia hanya "kebetulan" dilancarkan hari ini.

Malaysiakini 25.05.2014


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: