Rabu, 9 Julai 2014

Jawatankuasa Protem TERAS Bahagian N.45 Bukit Assek sudah ditubuhkan


SIBU: Jawatankuasa Protem Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Bahagian N.45 Bukit Assek sudah ditubuhkan di sini, malam kelmarin.

Protem itu diketuai Tiong Yong Hing sebagai pengerusi- nya manakala timbalan pengerusi ialah Kaunselor Pasang Ngelambai.

Peter Lau Pern Chen dipilih menyandang jawatan Naib Pengerusi I manakala Kaunselor Lily Tiong dan Andam Abong masing-masing dipilih sebagai naib pengerusi II dan III.

Jawatan Setiausaha disan-dang Ngelai Manjan dan dibantu Ting Lik Kee.

Teng Lung Sing dan Shirley Tie masing-masing dipilih sebagai bendahari dan penolong bendahari.

Jawatan ketua penerangan pula disandang oleh Andy Sabang.

Sementara itu, ahli jawatankuasanya terdiri daripada Ading Kendawang, Agam Buyong, Wong Siong Soon, Ling Kho Tung, Pius Lind Jaggong, John Ling dan Kapitan Ling Ngu Hieng.

TERAS akan mengadakan mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGA) di Kuching pada 26 Julai ini bagi memilih jawatankuasa baharu parti itu.

Tiada ulasan: