Selasa, 8 Julai 2014

Kabinet Sarawak bincang beri bantuan khas raya


KUCHING - Kabinet Negeri Sarawak akan membincangkan minggu depan berhubung pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Gambar).

Beliau berkata sekiranya diluluskan, pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri.
    
Kadar bayarannya selalunya mengikut kadar yang diberikan kerajaan persekutuan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan laman web Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CTE) di sini.
    
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 sebagai persiapan hari raya, dan RM250 kepada pesara kerajaan. - Bernama

Tiada ulasan: