Sabtu, 5 Julai 2014

Kukuhkan kedudukan bukan persoal pengagihan kerusi

KUCHING: Parti-parti komponen BN terutama di peringkat akar umbi wajar memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukannya berbanding terus menerus bimbang terhadap agihan kerusi pilihan raya.
Ketua Pemuda PBB Meradong Kaunselor Halmi Morsili berkata ketika berbalah sesama sendiri di kalangan BN, parti-parti pembangkang pula sibuk berusaha memenangi hati rakyat dan menubuhkan kem.

Menurutnya, jika terlalu banyak berpolitik ia dikhua-tiri boleh menyebabkan rakyat muak dan keliru.

“Ada orang yang keliru tentang siapakah musuh sebenar dari segi konteks politik,” katanya bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda PRS Baleh Bakat Gira yang membidas kenyata-an Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini.

Sejak sekumpulan wakil rakyat daripada SPDP dan SUPP keluar daripada parti dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), pemimpin-pemimpin PRS, SPDP dan SUPP mengemuka-kan bantahan cubaan masuk BN menerusi media.

Malah pemimpin-pemim-pin itu turut menegaskan bahawa kerusi-kerusi pilihan raya adalah hak parti.

Justeru, kerusi-kerusi itu tetap milik parti berkenaan apabila tiba pilihan raya kelak.
Halmi berkata lagi tinda-kan Karim baru-baru ini mempersoalkan mengapa PBB tidak dibabitkan dalam ‘gabungan minda’ antara PRS, SUPP dan SPDP, adalah tepat dan wajar.

“Ketua Pemuda PRS Baleh perlu melakukan sedikit penyelidikan sebelum mengeluarkan kenyataan. Lihat dengan mendalam rentetan peristiwa selepas isu TERAS muncul.

“Ahli-ahli kanan PBB cuba mengelak mengulas secara terbuka mengenainya bagi memastikan ia tidak menjadi rumit.
“Kami cuma mendapat panduan berdasarkan ulasan dibuat oleh Ketua Menteri yang juga pengerusi BN Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebelum ini menegaskan untuk me-nyertai BN, ia mesti men-dapat persetujuan parti-parti komponen.

“Mengapa ia tidak difahami sepenuhnya,” soalnya.

Katanya susulan istilah ‘gabungan minda’ diisytihar-kan, wujud kekeliruan di kalangan orang ramai mengapa ia cuma membabitkan tiga parti tanpa PBB.

“Orang ramai yang meng-ikuti perkembangan politik tempatan akan muncul dengan pelbagai spekulasi me-ngapa PBB tidak disebut dalam ‘gabungan minda’.

“Adakah minda PBB tidak relevan,” katanya sambil menambah, PBB sama-sama ambil berat tentang semua aspek yang boleh menjejaskan kekuatan BN.

Katanya mungkin Bakat terlupa dalam PBB juga terdapat ramai ahli Dayak.

Halmi berharap semangat perpaduan di kalangan parti-parti komponen bukan sekadar dilaungkan tetapi diamalkan dalam menjamin kekukuhan BN.

Read more: http://www.theborneopost.com


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: