Selasa, 22 Julai 2014

Mangsa MH17 individu contoh

KUCHING: Pekerja Shell yang berasal dari Kuching, Sarawak, Tambi Jiee, 49, yang terkorban bersama isteri dan empat anaknya merupakan individu contoh bagi penduduk Kampung Goebilt kerana sifat pemurah lagi bijak semasa hayatnya.
Mangsa sekeluarga merupakan antara 298 orang termasuk 154 warganegara Belanda, yang berada di dalam pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di kawasan yang sedang di landa pergolakan di timur Ukraine.
Tambi dan keluarga dalam perjalanan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama adik­ beradik dan saudara­ mara di kampung halamannya seperti tahun ­tahun sebelumnya.
Kakaknya, Maziah Jiee, 56, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka hasrat allahyarham yang bekerja dengan syarikat milik Shell di Kazakhstan untuk menziarahi adik ­beradik pada Hari Raya Aidilfitri ini, tidak kesampaian.
“Adik (Tambi) terkenal dengan sikap pemurah dan suka bergurau senda sesama adik-beradik serta anak-­anak saudaranya. Setiap kali menjelang Syawal duit raya bukan hanya disedekahkan kepada adik ­beradik tetapi juga kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-­anak yatim di Kampung Goebilt.
Kali terakhir beliau berkesempatan bertemu dengan adiknya itu ialah pada Adilfitri tahun lalu, namun mereka kerap berhubung melalui telefon dan laman sosial.
“Hubungan kami sekeluarga tetap erat walaupun jarang berjumpa kerana anak-­anak gemar berhubung melalui facebook,” katanya yang mengesat air mata kesedihan sambil ditenangkan oleh anaknya, Suryawati Ahmad, 34.
Abangnya, Adnan Jiee, 61, mulanya kelihatan tenang ketika ditemui, namun kemudian gagal membendung perasaan sedihnya apabila jemaah masjid beramai ­ramai memeluknya sebagai tanda simpati sebaik berakhir sembayang Jumaat.
Adnan berkata, Tambi merupakan anak ke­lima daripada enam beradik.
“Ramai generasi muda kampung ini tidak mengenali Tambi kerana semasa dia maseh hidup, kerana selepas melanjutkan pelajaran ke luar negara dia kemudiannya bekerja dengan Shell,” katanya.
Sumber : Klik di sini

Tiada ulasan: